Laman Utama || Pakej Percutian || Hotel || Restoran || SPA || Hiburan || Resepi || Iklan


Foto: Tanjung Bungah Beach Hotel
Rileks & Keseronokan di TANJUNG BUNGAH BEACH HOTEL

Berendam air panas di Wet World Pedas

Di sebuah bandar kecil di Pedas, Negeri Sembilan terletak sebuah kolam air panas yang amat
popular.
..Baca Selanjutnya

Beijing adalah destinasi popular yang sering menjadi pilihan rakyat malaysia untuk pergi bercuti....Baca Selanjutnya

 

Langkawi yang Mempersonakan

Pulau Langkawi merupakan Destinasi yang paling popular di Kedah..BACA SELANJUTNYA

Pakej Hotel & Lawatan

Lokasi Tanjung Bungah Beach Hotel yang terletak berdekatan dengan destinasi menarik Batu Ferringhi, Taman raman-rama dan teluk bahang antara faktor utama mengapa Tanjung Bungah Beach Hotel sering menjadi pilihan pengunjung.

Kedudukan Hotel ini yang terletak tidak jauh dari bandar Georgetown iaitu yang mengambil masa hanya 12 minit juga amat memudahkan pengunjung. Sekiranya anda dari lapangan terbang Bayan Lepas, Perjalanan ke Hotel mengambil masa 45 minit.

Tanjung Bungah Beach Hotel menawarkan 200 buah bilik iaitu Standard room dan suite room yang menghadap laut dan bukit dengan dilengkapi segala kemudahan seperti air-con dan Televisyen dengan pelbagai saluran rancangan.Suite room pula disediakan ruang tamu, bilik tidur dan dapur yang amat sesuai untuk anda yang datang berkeluarga.


Nota Percutian

Kota Kinabalu
KUCHING
Pulau Redang

Tanjung Bungah Beach Hotel bukan sahaja dilengkapi dengan gimnasium yang terletak ditingkat 5, Tanjung Bungah Beach Hotel. tetapi juga kemudahan kolam renang untuk anda beriadah bersama keluarga, jacuzzi serta Restoran.

Jika anda inginkan aktiviti sukan air, pihak hotel boleh menguruskan aktiviti seperti Jet-ski, berkayak dan sebagainya.

Selain itu Tanjung Bungah Beach Hotel juga pilihan yang sesuai untuk syarikat yang ingin menganjurkan banquet, corporate event atau mesyuarat kerana Tanjung Bungah Beach Hotel mempunyai beberapa ballroom iaitu Rafflesia Ballroom dan Orchid Room yang boleh disewa oleh syarikat yang berminat menganjurkannya.

Tanjung Bungah Beach Hotel,

505, Jalan Tanjung Bungah,
Tanjung Bungah,
11200 Penang,
Tel: 04 - 890 8808

hit counter
Pelawat
Copyright © 2010 by xpresi-santai.com ALL RIGHTS RESERVED