Nama Pantai Teluk Mahkota kurang popular berbanding dengan Desaru. Malah ada juga diantara rakyat johor sendiri yang tidak mengetahui dimana dimana letaknya pantai ini.
Sebenarnya pantai ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri. Ia terletak di Tanjung Sedili berdekatan dengan bandar Kota Tinggi iaitu kira-kira 45km dari Kota Tinggi. Sebelum di namakan Teluk Mahkota, ia digelar Jason Bay atau Teluk Jason. Seindah namanya pantai ini amat cantik lebih-lebih lagi ketika matahari terbit dan airnya pun begitu bersih namun agak sepi. Mungkin kerana pantai ini masih belum popular.

Jika anda berkunjung ke Kota Tinggi, singgahlah di pantai Teluk Mahkota. Biarpun pantai ini agak kurang pengunjungnya namun masih menarik untuk anda sekeluarga bersantai. Suasananya yang damai tentu dapat merehatkan fikiran. Disekitar pantai ini juga terdapat beberapa buah resort yang boleh anda sewa dengan harga yang berpatutan.


Damai & Tenang di Perth
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth mengambil masa kira-kira 5 jam lebih...Baca Selanjutnya

Santai sambil menjamu Ikan Bakar di Bagan Lalang
Bagan Lalang mungkin boleh dijadikan alternatif perkelahan selain Port Dickson bagi warga kota yang ingin merehatkan minda..Baca Selanjutnya.

Santai sambil menjamu Ikan Bakar di Bagan Lalang
Bagan Lalang mungkin boleh dijadikan alternatif perkelahan selain Port Dickson bagi warga kota yang ingin merehatkan minda..Baca Selanjutnya.





Seandainya anda dari Kuala Lumpur, anda perlu mengikuti jalan ke Kota Tinggi. Kemudian ikut jalan menuju ke Desaru. Tapi jangan belok ke simpang menuju Desaru. Teruskan perjalanan sehingga terlihat papan tanda menuju ke Tanjung Sedili iaitu Kira-kira 13 km dari Bandar Kota Tinggi, anda belok ke kanan menuju ke Tanjung Sedili. Belok ke kanan sekali lagi dan kira-kira 2km dari simpang tersebut anda akan tiba di Pantai Teluk Mahkota.Sepanjang ke sini anda akan melalui Sedili Besar dan Sedili Kecil. Manakala jika dari bandar Mersing, anda perlu bergerak ke selatan sejauh 79km. Kemudian, belok ke kiri. Anda akan tiba di Pantai Teluk Mahkota setelah bergerak sejauh kira-kira 25km.