Teluk Chempedak adalah
destinasi perkelahan popular di Kuantan.Setiap kali hujung minggu atau musim
cuti sekolah, pantai ini akan sering sesak dengan orang ramai. Selain keindahan
pantainya,
Lokasinya yang juga berhampiran 5km dengan pusat bandar Kuantan menjadikan
destinasi ini menarik perhatian pengunjung untuk datang ke sini.
Dengan kawasan lanskap
yang terjaga, bersih dan selesa, kebanyakan pengunjung seronok bersantai bersama
keluarga di pantai ini. Pelbagai kemudahan awam seperti Restoran, kedai dan
tandas awam turut disediakan.




Kemasik, Destinasi Persinggahan Popular
Pantai Kemasik ini adalah antara pantai yang tercantik di Terengganu. Ia terletak di dalam daerah Kemaman dan hanya 10km dari bandar Kijal..Baca Selanjutnya....
Jalan-Jalan di Kota Kinabalu
Tarikan utama pelancong ke Kota Kinabalu sudah tentunya kerana ia menjadi pintu masuk untuk ke Gunung Kinabalu dengan ketinggian 4,095 meter...Baca Selanjutnya..
Uniknya bercuti di Singapura
Mahal! Tiada apa yang istimewa...Mungkin itulah perkataan yang sering terkeluar ....Baca Selanjutnya..
Bagi pengunjung yang gemar
bermain air, pantai ini sangat sesuai untuk mandi-manda namun perlu berhati-hati
kerana semasa musim tengkujuh, lautnya sedikit bergelora. Ketika berada di
pantai ini, pengunjung boleh ke Teluk Tongkang yang terletak bersebelahan
dengan pantai ini. Pengunjung akan melalui jambatan kayu sepanjang 1 km yang
bersebelahan bukit untuk menikmati pemandangan yang lebih indah lagi dan bagi
yang suka 'jungle trekking' satu trek juga telah dibina untuk memanjat hutan
berdekatan.
