Jika pengunjung ke Lumut tetapi tidak ke Pulau Pangkor, Anda boleh ke satu lagi destinasi yang menarik di negeri Perak iaitu pantai Teluk Batik yang terletak hanya kira-kira 6.5 kilometer dari pekan Lumut. Lokasinya juga tidak jauh dari Bandar Seri Manjung iaitu kira-kira 10 minit dari Bandar Seri Manjung. Pantai ini merupakan destinasi pilihan utama bagi penduduk negeri Perak untuk beriadah bersama keluarga.

Selain memiliki pantai yang luas dan bersih, pemandangan sekitar pantai ini juga sangat cantik. Bagi pengunjung yang pertama kali datang ke sini tentunya bersetuju dengan penulis bahawa pantai ini sememangnya merupakan satu kawasan bersantai yang menarik dan selesa.

Laman Utama || Pakej Percutian || Hotel || Restoran || SPA || Hiburan || Resepi || Iklan

Copyright © 2010 by xpresi-santai.com ALL RIGHTS RESERVED
Foto: Atiy Ariff
http://atiyariff.blogspot.com

Teluk Batik, sesuai pelbagai aktiviti riadah

Menikmati Keindahan Malam di Guangzhou

Di China, selain Beijing, Shanghai dan Xian, Guangzhou adalah destinasi yang boleh anda lawati. Jika dahulu Guangzhou adalah sekadar sebuah perkampungan..Baca Selanjutnya

 

Tarikan Kraftangan 1 Malaysia di Pasar Seni

Pasar Seni atau Central Market adalah salah satu tarikan bandar raya Kuala Lumpur yang mesti dilawati. Baca Selanjutnya...

Sepetang di Pantai Batu Pelanduk

Terengganu kaya dengan keindahan pantainya. Salah satu darinya Pantai Batu Pelanduk yang terletak di Daerah Dungun. Pantai ini adalah antara pantai yang tercantik di Terengganu.... BacaSelanjutnya ..

HOTEL
PAKEJ PERCUTIAN
SPA / RESTORAN


Nota Percutian
Persisiran pantainya yang landai juga sesuai untuk pelbagai aktiviti sama ada hanya duduk bersantai, mandi atau berkelah bersama rakan atau ahli keluarga.

Sebelum dinamakan Teluk Batik, pantai ini dikenali Teluk Batak kerana pada suatu ketika dulu pantai ini menjadi penempatan kaum Batak Walau bagaimanapun pada 26 April 1974 nama Teluk Batak telah ditukar kepada Teluk Batik. Sejak itu pantai ini semakin dikenali meskipun pada awalnya pantai ini begitu sepi kerana kurang mendapat perhatian pelancong tempatan.Ditambah
pula kini ia menjadi lokasi Pesta Laut Lumut semasa cuti penggal persekolahan.

 

Kini setiap kali hujung minggu atau musim cuti sekolah, pantai ini akan sesak dengan orang. Seeloknya datang awal jika inginkan lokasi perkelahan menarik disini. Selain terdapat pengusaha yang menyediakan perkhidmatan menyewa kerusi rehat, pelampung juga boleh disewa.

Lain-lain kemudahan yang boleh didapati di sini adalah seperti bilik mandi, tempat menyalin pakaian, gerai makan,taman permainan kanak-kanak dan juga pondok rehat. Terdapat juga Chalet atau mini chalet yang boleh anda sewadengan harga yang berpatutan berdekatan pantai ini.

Yang menariknya juga,wujud muzium siput yang merupakan satu-satunya muzium yang ada di pantai peranginan malaysia. Ia memaparkan kira-kira 5,000 spesies siput dan bayaran dikenakan ialah RM2 bagi dewasa dan 50 sen bagi kanak-kanak atau anda juga bleh ke Taman Marin.

Taman Marin ialah kolam marin buatan manusia yang lengkap dengan hidupan laut dan karangan laut. "Pengunjung boleh menikmati aktiviti 'snorkeling' dan menyelam dengan bayaran RM20 bagi dewasa dan RM10 (kanak-kanak)

Sebelum pulang, luangkanlah masa meninjau gerai cenderamata atau membeli produk makanan laut seperti sate ikan,sotong madu dan ikan bilis rangup sebagai buah tangan.

Info

-Untuk ke Teluk Batik, penggunjung boleh menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan dan perlu keluar di Plaza Tol Bidor sebelum menghala ke pekan Bidor dan kemudian meruskan perjalanan ke Sitiawan. Dari Sitiawan ke Teluk Batik hanya mengambil masa kira-kira 20 minit.

- Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lumut mengambil masa kira-kira 3 jam.

- 84km dari Ipoh


Iklan
hit counter
Pelawat

Untuk Mengiklan..KLIK DI SINI
Untuk Mengiklan..KLIK DI SINI