


Satu lagi filem seram
berjudul Sumpahan Kum Kum menjengah pawagam bermula 26 Januari 2012 ini.
Ini merupakan filem seram ketiga yang muncul dalam awal tahun ini. Mungkin
ada penonton yang
dah jemu kerana sering disogokkan dengan filem seram tetapi Belum tonton belum
tahu...Filem
Sumpahan Kum kum yang dilakonkan oleh Fezrul Khan dan dua bintang baru, Shima
Anuar dan Wawa Zainal ternyata berjaya memberi unsur seram dan suspen. Banyak
elemen seram yang di muatkan dalam filem ini, salah satunya, babak terlanggar
kepala hantu di kawasan kubur. Memang amat menyeramkan.
Filem ‘Sumpahan Kum Kum’ terbitan Metrowealth ini mengambil cerita yang pernah mengemparkan masyarakat sekitar tahun ’90 dengan kemunculan Hantu Kum Kum. Hantu ini dikatakan jelmaan seorang wanita yang mengamalkan ilmu hitam untuk kekal cantik selama-lamanya. Namun dia tidak berjaya menyempurnakan syarat ilmu hitam tersebut lalu menghendaki dia membunuh wanita cantik yang masih dara.
Kisahnya bermula apabila
Mila (Shima Anuar) yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya
lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang
laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat
kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi
siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat
cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang
sama untuk memulihkan wajahnya.
Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom (Lydiawati), memberitahu
Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum
darah 9 gadis sunti.
Mila mengekori Shima (Wawa Zainal) ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini (Echa) dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.
Pada suatu hari, Mak Tom
meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak
Tom terbongkar apabila Adi (Feroz Khan), anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa
Mak Leh (Maimon Talib), ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang
hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul,
membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul
(Putri Mardiana) sehingga dirumah. Apakah kesudahan filem ini, saksikanlah
sendiri di pawagam.

