Mahal! Tiada apa yang istimewa...Mungkin itulah perkataan yang sering terkeluar dari mulut kita bila sebut sahaja mengenai Singapura. Ada yang beranggapan Singapura tidak banyak destinasi menarik untuk dilawati tapi bagi penulis yang baru-baru ini berpeluang ke Singapura mendapati Singapura sebenarnya ada keunikannya tersendiri. Merlion Park, Esplanade ,Clarke Quay, dan Kampong Glam merupakan destinasi wajib dilawati jika anda bercuti ke Singapura.

Nak lihat Singa berkaki ikan? Patung pelik ini dinamakan Merlion. Ia adalah sebuah patung yang separuh singa separuh ikan telah dirancang binaannya sejak tahun 1964. kini ia menjadi ikon Singapura dan menjadi kunjungan lebih sejuta pelancong. Untuk ke sini, anda boleh menaiki MRT ( Keretapi bawah tanah) Anda perlu pilih turun di stesen Raffles Place.Kemudian anda perlu pula jalan menyusuri sungai Singapura sebelum tiba ke Merlion Park. sungguh mempersonakan...anda akan tertawan hati dengan pemandangan di sekitar sungai Singapura yang bersih.

.

Tidak jauh dari Merlion, Anda boleh berjalan kaki ke Esplanade. Kalau kita bangga adanya Istana Budaya, Singapura pula berbangga dengan Esplanade yang peranannya memperkembangkan bakat seni khususnya dalam bidang teater dan nyanyian.

Clarke quay juga antara destinasi menarik Singapura. Di sini terdapat kedai-kedai, cafe dan restoran di dirikan di sepanjang sungai. Peluang menaiki bot menyusuri Sungai Singapura dari Clarke quay ke Merlion juga satu pengalaman yang unik. Lebih menarik lagi jika anda berkesempatan mengunjungi Clarke quay ini pada waktu malam kerana suasananya lebih cantik dengan lampu-lampu yang berwarna-warni.

selain itu jangan lupa ke Masjid Sultan di Kampong Glam. Masjid Sultan yang dibina pada tahun 1928 itu, adalah masjid yang terbesar di Kota Singapura. Berdekatan masjid ini anda akan melihat kedai-kedai kecil menjual cenderamata di cat berwarna-warni. Anda juga boleh ke Arab Street iaitu pusat masyarakat Muslim yang dahulunya merupakan tempat utama penjualan songkok, Al Quran, sajadah, dan tekstil. Kini Arab Street lebih popular dengan penjualan tekstil seperti sutera dan kain scifon. Tidak sukar untuk ke sini. Anda boleh menaiki MRT ke Bugis Station(EW12) dan berjalan kaki di Victoria Street menuju ke Arab Street.

Laman Utama > Nota Percutian


Copyright © 2010 -2011 by xpresi-santai.com ALL RIGHTS RESERVED
Foto: Atiy Ariff
http://atiyariff.blogspot.com
Uniknya bercuti di Singapura

 

Ketenangan di Sungai Congkak

Tidak tahu ke mana hendak pergi cuti hujung minggu? Bagaimana kalau ke Hutan Lipur Sungai Congkak..Baca Selanjutnya...

Perlis, negeri kecil yang menawan

Kangar, ibu kota negeri Perlis. Walaupun kecil, negeri Perlis juga mempunyai beberapa destinasi menarik yang boleh anda lawati... Baca Selanjutnya..

 

Batu Feringghi tarikan utama Pulau Pinang

Batu Ferringhi, pantai yang sangat popular di Pulau Pinang.Setiap kali hujung minggu atau cuti sekolah, pantai ini bertambah meriah...Baca Selanjutnya..

Gemar membeli-belah? Berkunjunglah ke Bugis Street. Ia bukan sahaja destinasi membeli-belah yang menjadi tarikan utama pelancong tetapi juga penduduk Singapura sendiri. Lewat petang atau setiap hujung minggu, kawasan ini akan penuh sesak. Bugis Street merupakan sebuah pasar besar tertutup yang mendapat namanya dari nama jalan, Bugis Street. Terdapat lebih 600 buah gerai menjual pakaian,jam,beg, Aksesori wanita serta cenderamata yang boleh anda singgah.Harga barangnya juga boleh tawar-menawar.

Bertentangan dengan Bugis Street, terdapat satu lagi Pusat membeli-belah iaitu Parco Bugis Junction. Lokasinya terletak berdekatan dengan stesen MRT Bugis. Anda boleh ke sini dengan menaiki Bas N0. 2 , 7 ,12 dan 32 atau melalui MRT. Chinatown juga antara destinasi tarikan utama pelancong. Jika anda berhajat mendapatkan cenderamata seperti t-shirt anda boleh membelinya disini. Kebanyakkan barangan yang dijual di sini juga diimport dari China dan Thailand.

Kota Singapura tambah meriah menjelang malam. Jalan-jalanlah disekitar Orchard Road.Anda akan dapat lihat sendiri laluan pejalan kaki sentiasa sesak dengan manusia berbanding dengan Kuala Lumpur. Sehari tidak cukup untuk anda 'pusing-pusing' di pusat membeli-belah yang ada di sekitar kawasan ini.

Terdapat begitu banyak pusat beli-belah. Antaranya ION Orchard, Paragon, Wisma Atria dan sebagainya. Apa yang penulis dapat lihat, pusat-pusat membeli-belah di Orchard Road memiliki ciri-ciri binaan bangunan yang sangat unik. Setiap kedai pula mempamerkan koleksi fesyen-fesyen pakaian terkini dan berjenama khususnya untuk menarik perhatian remaja.

Jika sudah ke Singapura, jangan lupa ke Pulau Sentosa untuk berlibur. sesuai dengan namanya Sentosa sebagai sebuah pulau yang damai dan tenang. ada tiga buah pantai yang boleh anda jejaki disini iaitu Siloso, Pahlawan dan Tanjung. Selain itu Pulau ini juga menjanjikan banyak pengalaman menarik antaranya menaiki sky tower untuk melihat seluruh pulau ini dari ketinggian 131 meter secara berputar perlahan. Tiket masuk untuk menaiki Sky Tower ini adalah SD 12 untuk dewasa manakala bagi kanak-kanak pula hanya SD 6.

Merlion

Nota Percutian

Bagi yang sukakan aktiviti lasak anda bolehlah cuba memandu luge iaitu sejenis kenderaan kombinasi antara go-kart dan toboggan. Ia sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak.Sebelum itu Anda akan menaiki lift seperti pemain ski untuk menuju ke atas bukit. Ianya adalah satu pengalaman yang cukup menyeronokkan.

Untuk ke Pulau yang terletak di selatan Singapura ini, ada tiga cara yang boleh anda pilih.Salah satunya melalui Sentosa express iaitu sama seperti Monorail di negara kita yang perlu anda naikinya dari tingkat 3 VIVO City. Untuk ke Vivo City anda harus menaiki Mrt ke Harbour Front. Harga yang dikenakan SD 3 seorang.Kebanyakkan warga Singapura lebih gemar menggunakan cara ini. Seandainya anda tidak gayat, bolehlah mencuba naik Cable Car tetapi menaiki cable car ini agak mahal. atau cara ketiga, menggunakan jalan darat menerusi bas Sentosa. Bayaran yang dikenakan SD 3 untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

Selain itu anda juga tidak harus ketinggalan mengunjungi Jurong Bird Park (Taman Burung Jurong) yang terbesar di Asia pasifik. Taman ini dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang dengan bayaran masuk SD 18 seorang untuk dewasa dan SD 9 untuk kanak-kanak. Disini anda boleh bermesra dengan pelbagai spesis burung yang jinak disamping mengabadikan foto kenangan bersama burung-burung ini.

Untuk Melihat Foto-Foto Lain...KLIK DI SINI...