Hutan Rekreasi Sungai Gabai hanya 30 km dari Kuala Lumpur. Ia terletak di Kampung Sungai Lui daerah Hulu Langat berdekatan Hutan Lipur Sungai Congkak. Meskipun Air terjun sungai Gabai tidak popular seperti Sungai Congkak namun panoramanya lebih indah daripada Sungai Congkak.
Air terjunnya sangat tinggi iaitu kira-kira 50 meter dan memiliki 12 tingkat dengan 336 buah anak tangga. Setiap kali cuti hujung minggu, Air terjun Sungai Gabai sering menjadi tumpuan. Oleh itu jika anda merancang untuk bersantai ke sini,anda perlu datang awal kerana tempat meletak kereta sangat terhad. Pengunjung juga akan dikenakan bayaran RM1.00 seorang sejurus memasuki kawasan air terjun Sungai Gabai.

Anda tentunya akan seronok mandi-manda disini. Air terjunnya yang nyaman dan suasana yang menyegarkan amat ideal bagi anda yang ingin meredakan tekanan selepas penat bekerja sepanjang minggu .Pondok-pondok kecil ada disediakan untuk kemudahan anda berehat. Untuk menjamu selera pula anda boleh ke kedai makan yang terletak di depan pintu masuk air terjun ini.



Ketenangan di Sungai Congkak
Tidak tahu ke mana hendak pergi cuti hujung minggu? Bagaimana kalau ke Hutan Lipur Sungai Congkak..Baca Selanjutnya..
Perlis, negeri kecil yang menawan
Kangar, ibu kota negeri Perlis. Walaupun kecil, negeri Perlis juga mempunyai beberapa destinasi menarik yang boleh anda lawati... Baca Selanjutnya..
Batu Feringghi tarikan utama Pulau Pinang
Batu Ferringhi, pantai yang sangat popular di Pulau Pinang.Setiap kali hujung minggu atau cuti sekolah, pantai ini bertambah meriah...BacaSelanjutnya
