Tidak tahu ke mana hendak pergi cuti hujung minggu? Bagaimana kalau ke Hutan Lipur Sungai Congkak. Disini pun merupakan destinasi perkelahan menarik yang boleh anda kunjungi. Air sungainya yang jernih dan amat dingin serta persekitaran yang mendamaikan dengan suasana kampung tentu sahaja dapat merehatkan minda anda. Ditambah pula dengan keindahan hutan tropikanya yang menghijau termasuk flora dan fauna yang pelbagai memudahkan anda mencari sumber ilham.Lokasinya juga tidak jauh iaitu hanya 33 km dari Kuala Lumpur.

Laman Utama > Nota Percutian


Copyright © 2010 by xpresi-santai.com ALL RIGHTS RESERVED
Foto: Atiy Ariff
http://atiyariff.blogspot.com
Ketenangan di Sungai Congkak


Teluk Mahkota, pantai yang indah tapi sepi pengunjung

Nama Pantai Teluk Mahkota kurang popular berbanding dengan Desaru...Baca Selanjutnya..

Jalan-Jalan di Kota Kinabalu

Tarikan utama pelancong ke Kota Kinabalu sudah tentunya kerana ia menjadi pintu masuk untuk ke Gunung Kinabalu dengan ketinggian 4,095 meter...Baca Selanjutnya..

 

Uniknya bercuti di Singapura

Mahal! Tiada apa yang istimewa...Mungkin itulah perkataan yang sering terkeluar ...Baca Selanjutnya..


Cara-cara ke sini

Dengan Kereta:

Jika anda memandu dari Kuala Lumpur sila ambil simpang ke Cheras - Kajang melalui Lebuhraya Grand Saga. Selepas Tol Grand Saga (tol RM1.00) di Batu 9, Cheras sila ambil exit ke Hulu Langat. Teruslah memandu hingga anda menemui papan tanda Pusat Rekreasi Sungai Congkak.

Dengan Bas:

Naik bas RapidKL U40 dari Kuala Lumpur. Kemudian turun di Batu 9 Cheras,naik bas T412.

Setelah puas berendam di sungai Congkak, memang seronok seandainya dapat menjamu selera yang dibakar sendiri (Barbeque) dan makan masa masih panas. Wahh! sedapnya.... Bagi yang tidak membawa apa-apa bekalan makanan untuk hidangan makanan tengahari mahupun minum petang, anda masih boleh mendapatkannya di beberapa buah warung makanan dan minuman yang ada disini.

Disamping itu, Anda juga boleh menyewa pondok rehat dengan harga yang berpatutan untuk merehatkan badan atau tidur seketika dengan lebih selesa.
Seandainya berhasrat bermalam di sini, anda juga boleh menyewa beberapa Chalet yang ada. Jadi bagi anda yang mencari tempat perkelahan untuk sekeluarga yang berada di sekitar Lembah Klang dengan bajet yang rendah, pergilah ke Hutan Lipur Sungai Congkak yang masih kaya dengan alam keindahan semula jadi.


Nota Percutian
Hutan Rekreasi Sungai Congkak yang terletak di Batu 21 Hulu Langat iaitu 13 Km dari pekan Cheras ini telah mula dibuka kepada orang ramai sejak tahun 1982 lagi. Ia bukan sahaja sangat sesuai untuk beriadah bersama keluarga tetapi juga melakukan aktiviti perkemahan, tidak kiralah bersama keluarga atau rakan-rakan anda kerana disini
segala kemudahan seperti tapak perkemahan,surau, tandas awam dan tempat letak kenderaan juga ada disediakan.
Bagaimanapun anda dikenakan sedikit bayaran untuk menyewa tapak perkhemahan dan meletak kenderaan.