


Nama pelakon Sara Ali,
mungkin masih asing kepada filem tempatan. namun walaupun masih baru,gadis
berasal dari Johor ini sudah membintangi lima buah filem pada tahun 2011 iaitu
‘Sesuatu Yang Tertinggal’, ‘Penunggu Istana’, ‘Klip
X-3GP’, ‘Nur Kasih’ dan yang terbaru ‘Songlap’.
Satu peluang yang jarang sekali diberikan kepada pelakon baru. Apakah keistimewaan
gadis ini?
Bagi Sara Ali, mungkin sudah rezekinya. gadis manis ini akui bukan senang seorang pelakon baru mendapat peluang sepertinya.Lebih-lebih lagi untuk memegang watak utama dalam sesebuah filem.dia sendiri tidak menyangka melalui laman sosial Facebook, dia telah bertemu dengan Asrulhisyam Ahmad yang pertama kali telah memberi peluang kepadanya untuk berlakon dalam filem ‘Sesuatu Yang Tertinggal'
Mula-mula risau juga dengan tawaran ini. Tapi bila dia suruh datang ujibakat di pejabat Grand Brilliance, saya jadi yakin dia bukan main-main. Selepas ujibakat pertama, saya terus berjaya. Malah, ditawarkan watak utama sebagai Mona.

Selepas itu, saya terus mendapat beberapa tawaran lain. Lama-kelamaan saya jadi seronok pula berlakon. Saya suka berada di set penggambaran. Selain itu, saya juga suka dengan kerja-kerja belakang tabir"ujar Sara yang turut berbesar hati kerana telah diberi peluang bergandingan dengan Shaheizy Sam dan Syafie Naswip dalam ‘Songlap’
"Saya suka mencuba pelbagai karakter. Kalau dapat mencuba watak aksi adalah lebih baik kerana bagi saya itu satu cabaran tapi mungkin kerana saya masih baru lagi dan tubuh saya yang kecil mungkin antara faktor pengarah belum berani memberikan saya watak-watak yang ganas dan aksi." tambah sara lagi.
Dalam kebanyakan watak yang diberi, saya rasa watak Hanna yang saya lakonkan dalam drama Wasiat adalah watak yang sangat susah dilakonkan. Watak itu nampak mudah tapi bagi saya ia sangat sukar untuk dibawa kerana menerusi watak itu saya perlu menjadi gadis yang lemah lembut sedangkan saya seorang yang kasar, bertentangan dengan karakter sebenar saya.
Sebelum mengakhiri perbualan, Sara
berharap kehadirannya dalam bidang lakonan
akan dapat diterima.
Nama penuh: Siti Sarah Hairi Ali
Umur: 21 tahun
Tarikh lahir: 11 Oktober 1990
Asal: Batu Pahat, Johor
Drama: Wasiat
Filem: Sesuatu Yang Tertinggal, Songlap, Penunggu Istana dan Nur Kasih The
Movie
Keunikan pantai di Daerah Besut
Pantai Bukit Keluang adalah
satu lagi pantai yang amat indah , dimiliki oleh Negeri Terengganu.
Pantai ini terletak di daerah besut...Baca
Selanjutnya
![]()


Steamboat Menu Baru Restoran Tupai Tupai
Kalau belum pernah singgah makan di Restoran Tupai Tupai, apa kata anda cuba menjamu selera di Restoran ini pula.Baca Selanjutnya...