Perth, sebuah kota ketenangan. Gelaran ini diberi rakyat Australia sendiri kepada Perth kerana kota ini begitu aman dan tidak sibuk seperti di Sydney, Melbourne ataupun di Brisbane. Sebelum penulis ke Perth, ada yang memberitahu kota Perth ini sangat ideal untuk berehat dan bila penulis tiba disini,ianya memang benar. Tenang saja rasanya.
Perth merupakan ibu negeri terbesar Australia Barat. Meskipun ia sebuah kota yang kecil tetapi ia sangat popular dikalangan penduduk Australia sendiri untuk berehat. Malah beberapa destinasi menarik disekitarnya membuatkan Perth menjadi pintu masuk ke daerah-daerah Australia barat.
Kota yang keempat terbesar Australia ini diasaskan pada 11 Jun 1829 oleh Kapten James Stirling sebagai pusat pentadbiran penempatan bebas Koloni Swan River. Musim luruh adalah antara musim terbaik untuk ke sini selain Musim Bunga kerana ketika ini suhu tidak terlalu sejuk dan tidak juga panas.

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth mengambil masa kira-kira 5 jam lebih. Hari pertama penulis disini, hanya jalan-jalan pusing kota Perth saja. Penulis tiba awal pagi di Perth. Memandangkan waktu masuk hotel jam 1 petang,Sementara menunggu, Penulis bersiar-siar di sekitar hotel sehinggalah sampai ke sebuah taman yang hijau dan cantik. Taman ini diberi nama Striling Garden. Ada beberapa ekor patung Kangaru disini yang menarik perhatian penulis. Dulunya taman ini diberi nama Supreme Court Garden. Kalau ingin ke sini anda boleh berjalan kaki ke jalan St Georges Terrace. Ia terletak berdekatan dengan Town Hall.
Town Hall juga antara lokasi yang menarik untuk dikunjungi. Selepas daftar masuk ke hotel, penulis menaiki bas pula ke Menara Swan Bell.Menara ini adalah antara destinasi menarik Perth. Menara yang mula dibuka kepada orang ramai pada penghujung tahun 2000 ini terletak di Barrack Street Jetty.Selain memiliki 18 loceng, menara ini boleh dinaiki dan locengnya boleh di dengari dengan kuat di sekitar Jeti. Disini penulis bukan sahaja boleh melihat keunikan bangunan Swan Bell tetapi juga keindahan sungai Swan.


Teluk Mahkota, pantai yang indah tapi sepi pengunjung
Nama Pantai Teluk Mahkota kurang popular berbanding dengan Desaru...Baca Selanjutnya..
Tarikan utama pelancong ke Kota Kinabalu sudah tentunya kerana ia menjadi pintu masuk untuk ke Gunung Kinabalu dengan ketinggian 4,095 meter...Baca Selanjutnya..

Uniknya bercuti di Singapura
Mahal! Tiada apa yang istimewa...Mungkin itulah perkataan yang sering terkeluar ...Baca Selanjutnya..


London Court dibina pada tahun 1937 dan ianya terletak di antara jalan Hay Street Mall dan St Georges Terrace. Anda boleh kesini dengan menaiki bas CAT berwarna biru atau anda boleh berjalan kaki dari Hay Street Mall.
Bersiar-siar di sepanjang Hay Street Mall ini juga sangat menarik. Di laluan pejalan kaki ini anda akan dapat melihat banyak kedai termasuk butik pakaian, kedai Cenderahati dan Cafe-cafe untuk bersantai.

Bersiar-siar pada waktu petang dengan Swan Cruise pun sangat menarik. Dengan menaiki Swan river Cruise ini juga anda boleh ke Perth Zoo. Yang menariknya naik bas bersiar-siar di kota Perth tidak perlu keluar wang.Bermula seawal 6.20 bas CAT (Central Area Transit) sudah memulakan operasinya kecuali pada hari ahad, perkhidmatannya bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 6.20 petang.Bas CAT ini terbahagi kepada tiga, satu berwarna merah (Red CAT), Biru (Blue CAT) dan Kuning (Yellow CAT)
Untuk ke Menara Swan Bell ini anda hanya perlu naik bas CAT berwarna biru dan pilih untuk turun di perhentian Barrack Square. Perkhidmatan bas di sini habis cepat kerana cuaca di sini cepat gelap. Jam lima petang hari dah gelap, banyak kedai masa itu pun sudah tutup. Menjelang jam 7.00 malam kota Perth semakin sunyi.


Di Fremantle, banyak bangunan lama tetapi masih kelihatan cantik.Jikalau pergi ke Fremantle, tempat yang wajib pergi ialah Fremantle Market, Fisherman Harbour , Town Hall , E Shed Marked dan juga makan fish and chip sambil menyaksikan pemandangan kapal dan laut yang cantik. Sama juga seperti di Perth, Fremantle adalah sebuah bandar yang tenang dan bas percuma berwarna jingga (oren) di sediakan. Naiklah bas ke mana sahaja anda hendak pergi dan jalanlah sepuas-puasnya di sini kerana tiada tambang bas dikenakan.


Walaupun penulis pernah memegang Kangaru ketika melawat Sydney dahulu tapi bila berpeluang ke sini rasanya tak sabar nak memegang dan memeluk kangaru sekali lagi. Kangaru di sini jinak. Ketika disini penulis dapat memberi Kangaru makan dan memegang Koala serta Wombat. Sebenarnya banyak lagi haiwan yang terdapat disini. Pastikan juga anda tidak melepaskan peluang menonton persembahan mengetam bulu kambing biri-biri dan bermesra dengan haiwan ternakan lain seperti lembu, kuda, arnab dan keldai di Moly Farm.
Sebelum lawatan berakhir pada hari itu, Penulis dibawa melawat Sandalford Wines. Memang lawatan ini tidak sesuai untuk pelancong yang beragama islam. Penulis pun tidak menjejakkan kaki ke dalam kilang membuat wines itu sebaliknya sekadar melawat ladang-ladang angur yang berada disekitar kilang itu.
Satu lagi destinasi yang mesti menjadi kunjungan kalau ke Perth ialah Kings Park, satu antara taman dalam bandar yang terbesar di dunia.Taman indah




Dari puncak bukit Kings Park, satu pemandangan bandar Perth yang cukup indah dengan dikelilingi Sungai Swan yang membiru tentunya sangat memberi ketenangan kepada sesiapa saja yang berada di taman ini. Taman ini sangat besar, amat memenatkan juga jika berjalan kaki. Bagaimanapun sangat sesuai sekali untuk berjoging. Kebiasaannya penduduk tempatan datang ke taman ini untuk berbasikal. Untuk pelancong juga ada disediakan trem untuk mengelilingi taman, pada jam-jam tertentu. Ketika penulis sampai disini, ramai juga kelihatan beberapa buah keluarga sedang berkelah. Ada pula diantaranya lebih gemar membaca buku.
Selain memiliki taman bunga seluas 18 hektar yang dikenal sebagai Western Australia Botanical Garden dengan 2.000 spesies tanaman khas Australia Barat. Banyak juga pokok-pokok yang unik Di taman ini juga terdapat Lotterywest Federation Walkway iaitu sebuah jambatan tinggi dan panjang sehingga sewaktu penulis melintasinya, seolah-olah berjalan diantara pepohonan sambil mendengarkan kicauan burung-burung liar berterbangan di sekitarnya.
Anda pastinya akan seronok berada di taman ini. Bukan saja boleh dikunjungi pada waktu pagi atau petang tapi lebih menarik juga pada waktu malam.