Kangar, ibu kota negeri Perlis. Walaupun kecil, negeri Perlis juga mempunyai beberapa destinasi menarik yang boleh anda lawati. Antaranya, Gua kelam, Hutan lipur bukit ayer, tasik melati, Kuala Perlis, Padang besar dan Bukit Kayu Hitam. selain sawah padinya yang memberi sejuta ketenangan bila anda sendiri melihatnya di depan mata.
Gua kelam merupakan taman rekreasi paling popular di Perlis terutamanya pada hujung minggu. Gua sepanjang 370 meter ini terletak di Kaki bukit iaitu 26km dari Kangar. Gua Kelam ini di namakan sempena dengan kedudukannya di kaki bukit dan suasana kelam yang sentiasa menyelubungi gua ini.
Laluan jalan kaki yang diperbuat daripada kayu memudahkan pengunjung melihat keunikan didalam gua ini. Bayaran masuk ke Gua kelam hanya RM1.00 untuk Dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak.
Selain menikmati keunikan gua ini, anda sekeluarga juga boleh berkelah dan mandi-manda di sungai yang berdekatan dengan gua ini.
Tidak jauh dari sini terdapat juga satu lagi gua kelam yang dinamakan gua kelam 2. Ia terletak di Banjaran Nakawan, Kaki Bukit. Yang menariknya disini, anda boleh menikmati panorama gua dengan kereta api mini dengan bayaran serendah RM5 dan kanak-kanak RM3.Apabila menyusuri terowong, pengunjung dapat merasakan keadaan yang sejuk di dalamnya seperti adanya penyaman udara disebabkan pertemuan angin panas dan sejuk.


Strawberi & Teh tarikan Cameron Highlands
Keindahan alam semula jadi dengan iklim sejuk dan nyaman menjadikan Cameron Highlands antara pusat peranginan yang terkenal di Malaysia..Baca Selanjutnya

Santai sambil menjamu Ikan Bakar di Bagan Lalang
Bagan Lalang mungkin boleh dijadikan alternatif perkelahan selain Port Dickson bagi warga kota yang ingin merehatkan minda..Baca Selanjutnya.

Damai & Tenang di Perth
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth mengambil masa kira-kira 5 jam lebih...Baca Selanjutnya



Padang besar terletak 40 km dari Kangar dan merupakan pintu masuk untuk ke Thailand. Ia terkenal sebagai pusat membeli belah bebas cukai, dimana anda boleh mendapatkan barang-barang seperti pakaian, kasut, beg, pinggan mangkuk dan produk makanan dengan harga murah.
Aksesori dari Thailand juga di jual di sini. Begitu juga di Bukit kayu hitam, terdapat beberapa buah kompleks perniagaan jualan murah dan bebas cukai didirikan di sini.
Selain itu, Kuala Perlis juga destinasi yang boleh anda kunjungi.Ia terletak 10 km dari Kangar dan merupakan bandar kedua terbesar di Perlis. Di Kuala Perlis inilah letaknya terminal jeti untuk ke Pulau Langkawi. Bermula sebagai sebuah perkampungan nelayan, kini kuala Perlis sudah semakin maju. Di sini juga terdapat banyak warung ikan bakar. jadi kalau singgah disini jangan lupa merasainya. Beberapa gerai makanan Laksa Perlis juga sangat popular disini.
Untuk sampai ke sini Kangar, anda boleh menaiki kereta, bas, ataupun kapal terbang. Tiada perkhidmatan penerbangan terus ke Kangar. tapi anda boleh memilih penerbangan dari kuala Lumpur ke Alor Setar. Dari sana anda boleh naik teksi untuk ke Kangar. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Anda juga boleh ke Kangar dengan menaiki keretapi (http://www.ktmb.com.my) dari Kuala Lumpur ke Arau.



Satu lagi destinasi menarik perlis ialah Hutan Lipur Bukit Ayer. Ia merupakan kawasan hutan semulajadi yang amat sesuai dan menarik untuk menjalankan pelbagai aktiviti rekreasi. Air sungai yang dingin dan jernih yang melalui panorama hutan tropika yang kaya dengan tumbuh- tumbuhan, serta air terjunnya yang melata ke dalam kolam di bawah, menjadikan ia satu lokasi yang ideal bagi tujuan berkelah dan berehat.
Beberapa kemudahan seperti pusat penerangan, chalet, tapak perkemahan,taman permainan kanak-kanak,gerai makan, bilik air, surau kemudahan tempat letak kereta turut disediakan. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Bandar Kangar.
Ladang anggur, tarikan
pelancongan terbaru di Perlis. Tak perlu pergi jauh ke luar negara untuk melihat
pokok anggur. Kini anda sudah boleh melihat tanaman ini ditanam di Perlis.
Ladang anggur ini terletak di Jalan Guar Jentek bersebelahan dengan Empangan
Timah Tasoh, kira-kira 17Km ke utara dari Bandar Kangar. Tanaman Anggur tersebut
mula ditanam pada 18 Jun 2005. Keluasan ladang anggur yang telah ditanam sehingga
Januari 2006 ialah seluas 1.8 hektar dengan
kira-kira 3,800 batang pokok pelbagai jenis baka.
Tasik melati juga antara tempat yang boleh anda lawati ketika mengunjungi Kangar.Ia terletak 8 km dari bandar kangar. Bagi yang gemarkan aktiviti bersampan dan berkelah atau aktiviti berjogging dan beriadah, disinilah tempat yang paling ideal. Jauh dari kesibukan bandar, anda pasti akan merasa tenang disini.