Pasar Seni atau Central Market adalah salah satu tarikan bandar raya Kuala Lumpur
yang mesti dilawati.Lokasinya terletak di sepanjang Jalan Hang Kasturi dan
berhampiran dengan sungai Klang iaitu berdekatan dengan bangunan Dayabumi.


Dahulunya dikenali sebagai Pasar Besar Kuala Lumpur yang menjual barang-barang basah seperti ikan, daging, ayam, sayur-sayuran dan barangan runcit tetapi pasar ini telah berubah wajah apabila pada tahun 1985, ia telah diubahsuai dan dinaiktaraf. Ia dibuka secara rasmi pada 15 April 1986

Kini ia merupakan bangunan yang sangat istimewa kepada pelancong kerana ia menjadi pusat
yang mempamerkan kebudayaan dan kesenian masyarakat Malaysia terutamanya dalam bidang "kraftangan" di Malaysia. Kebanyakan kedai disini menumpukan kepada hasil kerja tangan Malaysia seperti menjual pakaian dan barangan traditional yang diperbuat dengan batik tradisi
Malaysia.

Laman Utama || Pakej Percutian || Hotel || Restoran || SPA || Hiburan || Resepi || Iklan


Copyright © 2010 by xpresi-santai.com ALL RIGHTS RESERVED
Foto: Atiy Ariff
http://atiyariff.blogspot.com
Tarikan Kraftangan 1 Malaysia di Pasar Seni

Strawberi & Teh tarikan Cameron Highlands

Keindahan alam semula jadi dengan iklim sejuk dan nyaman menjadikan Cameron Highlands antara pusat peranginan yang terkenal di Malaysia..Baca Selanjutnya

Santai sambil menjamu Ikan Bakar di Bagan Lalang

Bagan Lalang mungkin boleh dijadikan alternatif perkelahan selain Port Dickson bagi warga kota yang ingin merehatkan minda..Baca Selanjutnya.

 

Damai & Tenang di Perth

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth mengambil masa kira-kira 5 jam lebih...Baca Selanjutnya

Pakej Hotel & Lawatan

 


Nota Percutian
Ketika melangkah masuk ke Pasar Seni, pengunjung akan dapat merasakan suasana harmoni yang meliputi budaya tiga etnik terbesar dinegara ini iaitu melayu, Cina dan India.Pengunjung bukan sahaja boleh melihat tetapi juga boleh membeli pelbagai produk kraftangan masyaraka melayu, cina dan india yang ada disini sebagai ole-ole untuk dibawa pulang. selain itu pengunjung yang tidak berkesempatan ke negeri Sabah atau Sarawak, produk-produk hasil kraftangan negeri tersebut juga boleh didapati disini dengan harga yang berpatutan.

HOTEL
PAKEJ PERCUTIAN
SPA / RESTORAN

Kota Kinabalu
KUCHING
Langkawi
Yang menariknya juga dipasar ini, pengunjung boleh melihat aksi pelukis-pelukis muda dan berbakat mempamerkan hasil lukisan masing-masing.Bagi yang ingin membuat tempahan baju t-shirt mengikut reka bentuk sendiri juga boleh berbuat demikian disini.Dalam bangunan 2 tingkat ini, pengunjung juga boleh membuat pelbagai pilihan untuk menikmati sajian makanan dari pelbagai negeri
kerana di food court tingkat 2 bangunan ini ada menyediakan masakan dari negeri Kelantan, Melaka, Johor dan sebagainya.

Bagaimana ke sini?
Ada boleh menaiki sistem transit aliran ringan (LRT) dan turun di Stesen Pasar Seni atau bas kl hop on hop off (http://www.myhoponhopoff.com) pelbagai perkhidmatan bas juga boleh digunakan untuk ke Pasar Seni.

Untuk melihat lebih foto, sila KLIK DI SINI