Pantai Puteri atau dulunya dikenali sebagai Pantai Kundur mempunyai tarikannya yang tersendiri.
Ia terletak dalam daerah Melaka Tengah berdekatan dengan pantai Klebang. Anda akan menemui pantai ini bila melalui jalan Tanjung Kling ke Alor Gajah iaitu kira-kira 12km dari bandaraya melaka.

Asalnya pantai Puteri adalah sebuah kampung nelayan yang telah menjalankan kegiatan perikanan sejak dahulu lagi. Tidak ramai yang mengenali pantai ini kecuali bagi kaki pancing dan penduduk tempatan tapi setelah nama pantai ini ditukar kepada Pantai Puteri dan pelbagai usaha dilakukan untuk memajukan pantai ini, ia menjadi satu lagi tarikan baru di Melaka.

Setiap hujung minggu, pantai ini tidak sunyi dari pengunjung. Selain pengunjung dapat melihat pantainya yang cantik, pengunjung yang berminat dengan aktiviti memancing juga boleh lakukan aktiviti tersebut disini sama ada seorang diri atau bersama kawan-kawan. Kalau tidak pun pengunjung boleh melihat suasana kemeriahan kaki pancing duduk berbaris memancing ikan kerana aktiviti pertandingan memancing kerap dilakukan di sini. Kemudahan seperti medan makan, masjid dan tandas awam yang disediakan memudahkan lagi pengunjung untuk menjamu selera dan bersolat.

Bagi pengunjung yang ingin membuat BBQ pula, pengunjung boleh mendapatkan bekalan ikan yang masih segar disamping makanan laut lain disini.

Laman Utama || Pakej Percutian || Hotel || Restoran || SPA || Hiburan || Resepi || Iklan


Copyright © 2010 by xpresi-santai.com ALL RIGHTS RESERVED
Foto: Atiy Ariff
http://atiyariff.blogspot.com

Pantai Puteri menjadi kegemaran kaki Pancing

Ketenangan di Sungai Congkak

Tidak tahu ke mana hendak pergi cuti hujung minggu? Bagaimana kalau ke Hutan Lipur Sungai Congkak..Baca Selanjutnya..

Perlis, negeri kecil yang menawan

Kangar, ibu kota negeri Perlis. Walaupun kecil, negeri Perlis juga mempunyai beberapa destinasi menarik yang boleh anda lawati... Baca Selanjutnya..

 

Batu Feringghi tarikan utama Pulau Pinang

Batu Ferringhi, pantai yang sangat popular di Pulau Pinang.Setiap kali hujung minggu atau cuti sekolah, pantai ini bertambah meriah...Baca Selanjutnya

HOTEL
PAKEJ PERCUTIAN
SPA / RESTORAN

Pohon-pohon Ru yang banyak ditanam ditepi pantai ini juga memang sesuai sekali bagi pengunjung yang ingin merehatkan fikiran sambil berkelah bersama keluarga. Aktiviti berkhemah juga sering diadakan oleh pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT) awam serta swasta di pantai berkenaan namun sedikit mengecewakan kerana masih ada sampah-sampah yang dibawa arus hingga ke tepian pantai.

Bagaimanapun pengunjung yang datang ke pantai ini akan berpuas hati kerana dapat menyaksikan lebih dekat aktiviti nelayan mendaratkan hasil tangkapan laut, selain melihat mereka mengait jaring dan menjemur ikan kering.


Cara ke sini:
Bagi anda yang datang dari Kuala Lumpur melalui lebuhraya, anda perlu masuk ke Simpang Ampat menuju Alor Gajah dan Seterusnya ke Masjid Tanah dan Sungai Udang. Seandainya dari Johor, anda boleh melalui Ayer Keroh dan seterusnya menuju ke Banda Hilir sehingga anda jumpa jalan menuju ke Tengkera dan meneruskan perjalanan hingga ke pantai Klebang. Selepas pantai Klebang, anda akan melihat papan tanda ke pantai puteri.

Nota Percutian