Kalau ke Terengganu, Pantai batu Buruk antara destinasi yang sering dipilih oleh pelancong tempatan untuk beriadah. Tidak ketinggalan juga menjadi daya tarikan Pelancong dari luar Negara. Kedudukannya yang terletak berdekatan dengan bandar Kuala Terengganu menjadikan pantai ini sangat tersohor kerana ia begitu mudah untuk dikunjungi. Pelbagai Karnival yang sering diadakan juga menambahkan lagi tarikan pengunjung ke pantai ini.
Saban minggu ia menjadi tumpuan terutama yang berkeluarga untuk membawa anak-anak bersiar disekitar pantai atau menemani anak-anak kecil bermain di taman permainan kanak-kanak yang turut dibina berhampiran pantai ini. Ada juga dikalangan remaja yang menjadikan pantai ini sebagai destinasi tempat perjumpaan atau berkumpul untuk melakukan aktiviti masa lapang seperti bermain bola sepak pantai. Aktiviti berjogging dan Bermain layang-layang juga merupakan aktiviti bersantai yang sangat popular di sini kerana kawasan pantai ini yang sentiasa berangin.

Keadaan sekitar pantai batu buruk yang diteduhi dengan pepohon rhu rendang memang amat sesuai sekali untuk bersantai sambil menikmati makanan laut bercelup tepung dan keropok lekor berikutan terdapat beberapa gerai disepanjang pantai ini yang menjual makanan tersebut.Bagi yang gemar merasa menu baru, cubalah rasa Aiskrim Goreng. Rasanya sedap dan begitu popular disini. Sekiranya anda masih belum puas menikmati pemandangan di Pantai Batu Buruk, ada beberapa buah Resort yang boleh anda menginap bergantung kepada bajet anda.



Ada apa di Mersing
Mersing kini bukan lagi sekadar perkampungan nelayan yang sunyi sebaliknya menjadi destinasi persinggahan yang semakin popular... Baca Selanjutnya
Perlis, negeri kecil yang menawan
Kangar, ibu kota negeri Perlis. Walaupun kecil, negeri Perlis juga mempunyai beberapa destinasi menarik yang boleh anda lawati... Baca Selanjutnya..
Langkawi yang Mempesonakan
Pulau Langkawi merupakan Destinasi yang paling popular di Kedah..Baca Selanjutnya

Untuk ke sini, anda boleh menaiki kenderaan sendiri atau teksi dengan bayaran antara RM5-10 dari pusat bandar.