Oleh: NurQaireena

 

 

 

hit counter
Pelawat
Copyright © 2010-2012 by xpresi-santai.com ALL RIGHTS RESERVED

Laman Utama
Pakej Percutian
Restoran
Hotel
Mentor 6 kembali..

Program realiti pencarian bakat baru, Mentor bakal kembali lagi. Kali ini sudah memasuki musim ke-6.program yang sinonim dengan tagline 'Tunjuk Ajar Ku Sifu'ini membariskan 6 mentor yang terdiri dari kalangan penghibur hebat tanah air iaitu Ella, Faizal Tahir, Ramlah Ram, Adam, Ferhad dan Fauziah ahmad daud (Ogy).

Seperti musim-musim terdahulu, ke enam-enam mentor ini akan memberi tunjuk ajar kepada para protoge berkaitan bidang nyanyian, seni persembahan dan memperlengkapkan diri sebagai penghibur.

Ogy Ahmad Daud, salah seorang mentor kali ini memberitahu beliau begitu seronok dan teruja bila mendapat peluang ini. "Akak bukan garang dik tapi tegas." Kalau dah terpilih jadi protege akak kenalah tahan dan buat bersungguh-sungguh. Tujuan akak hanya untuk mengajar. Akak tak suka, kalau dah dapat peluang tapi nak main-main pula.

Soal nak pilih protege lelaki atau Perempuan, Akak tak kisah dik.Akak mencari seorang yang boleh bermain alat muzik dan lagi bagus kalau dia pandai membaca notasi muzik.
Seorang yang sukakan cabaran. Tak mahu klon mana-mana penyanyi. Seorang yang
menpunyai mental dan fizikal yang kuat. Kesungguhan yang tinggi. Dan… boleh menyanyikan lagu wajib “Macarthur’s Park oleh Richard Harris, dengan baik”, – Kak Ogy

Bagi Adam pula, pemilihannya sebagai mentor musim ke-6 merupakan satu penghargaan yang besar buat dirinya.Malah terpaksa juga memikul tanggungjawab yang besar.

“Saya mencari seorang yang pandai menari dan menyanyi. Kerana misi saya adalah untuk mencari pelapis, seseorang yang boleh menjadi seperti saya.Tak kisah lelaki atau perempuan. Tapi saya lebih suka mencari protege lelaki dan mestilah mempunyai disiplin yang tinggi”


Uji bakat Mentor 6 akan berlangsung bermula di negeri Sabah dan Sarawak iaitu
pada 13 Januari depan dan berakhir 19 Februari 2012.

 


 

Temubual :Sara Ali teringinkan watak Aksi

Nama pelakon Sara Ali, mungkin masih asing kepada filem tempatan. namun walaupun masih baru, gadis berasal dari Johor ini sudah membintangi lima buah filem pada tahun 2011..Baca Selanjutnya

 

Wayang: Seramnya, filem Sumpahan Kum kum..

Satu lagi filem seram berjudul Sumpahan Kum Kum menjengah pawagam bermula 26 Januari 2012 ini..Baca Selanjutnya

Artikel Hiburan lain:
Nota Percutian

Strawberi & Teh tarikan Cameron Highlands

Keindahan alam semula jadi dengan iklim sejuk dan nyaman menjadikan Cameron Highlands antara pusat peranginan yang terkenal di Malaysia...Baca Selanjutnya..

  JavaScript Free Code