Satu lagi masjid yang menjadi tarikan di Kuala Terengganu selepas Masjid Tengku Ampuan Nur Zahirah atau dikenali juga dengan nama masjid terapung adalah masjid Kristal.Ia dikatakan adalah antara masjid yang tercantik di Malaysia kerana keunikannya dibina daripada kaca dan keluli malah masjid ini lengkap dengan segala prasarana yang berteknologi tinggi dan liputan WIFI untuk memudahkan pengunjung untuk mengakses internet.

Kebanyakkan pengunjung yang datang ke sini pastinya mengagumi keindahan masjid kristal ini. Bila masjid ini terkena sinaran pancaran matahari, masjid ini berubah warna kekuningan yang berkilau-kilauan. Lebih indah juga bila dilihat pada waktu malam.Cahaya terang-benderang menghiasi masjid ini.



Masjid yang siap dibangunkan pada tahun 2008 ini terletak di Pulau Wan Man.
Kedudukannya juga terletak berhampiran dengan Muzium negeri Terengganu dan di tengah-tengah Bandaraya Kuala Terengganu iaitu kira-kira 10 minit perjalanan dari bandaraya Kuala Terengganu. Oleh itu, ia adalah satu destinasi wajib bila anda melancong ke Terengganu. Bukan sekadar untuk melihat keindahannya dan melakar kenangan disini tetapi juga digalakkan menunaikan solat di masjid ini bagi umat islam.

Seni bina unik Masjid Kristal
Laman Utama > Nota Percutian


Copyright © 2010 by xpresi-santai.com ALL RIGHTS RESERVED
Foto: Atiy Ariff
http://atiyariff.blogspot.com

Selain itu juga anda boleh ke Taman Tamadun Islam(TTI) yang juga cukup menarik untuk dilawati atau anda juga boleh menyusuri sungai terengganu dengan bayaran RM10 seorang serta tidak melepaskan peluang untuk merasai keropok lekor yang masih baru direbus dan digoreng di Perkampungan keropok lekor Losong. Sememangnya bercuti di Terengganu sangat menarik. Jika tidak berkesempatan melancong di salah satu pulaunya yang indah, bersantailah di beberapa buah pantainya yang menarik.

Bagi anda yang melancong tanpa menggunakan kenderaan sendiri, anda boleh juga
menggunakan perkhidmatan bas bandar ke lokasi menarik di sekitar kuala
Terengganu termasuk Masjid Kristal dengan kadar harga RM 1.00 dengan memilih
laluan ke Taman Tamadun Islam (TTI). Bas Bandar ini beroperasi dari jam 6.00
pagi hingga 10 malam bermula dari Dataran Shahbandar.


Pantai Batu Buruk pilihan Pelancong

Kalau ke Terengganu, Pantai batu Buruk antara destinasi yang sering dipilih oleh pelancong tempatan untuk beriadah. Baca Selanjutnya...

Kemeriahan Hong Kong Disneyland

Hong Kong Disneyland merupakan tarikan utama jika anda mengunjungi Hong Kong...Baca Selanjutnya...

Pantai Puteri menjadi kegemaran kaki Pancing

Pantai Puteri atau dulunya dikenali sebagai Pantai Kundur mempunyai tarikannya yang tersendiri... Baca Selanjutnya...

HOTEL
PAKEJ PERCUTIAN
SPA / RESTORAN
Nota Percutian