
Pulau Langkawi merupakan destinasi yang paling popular di Kedah. Selain terkenal sebagai Pulau bebas cukai, Pantai nya yang cantik, keunikan lagenda dan budaya masyarakatnya menjadikan Pulau ini berjaya menawan hati ramai pelancong. Malah setiap kali pada musim cuti sekolah juga, Pulau Langkawi sering menjadi tumpuan rakyat tempatan untuk bercuti.
Untuk ke Pulau Langkawi anda boleh menaiki Feri dari Kuala Kedah atau Kuala Perlis dan melalui Kapal terbang. Perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit dan hanya 45 minit dari Kuala Perlis ke Langkawi.
Tiada masalah untuk anda yang pertama kali datang ke Langkawi kerana anda boleh menaiki perkhidmatan van dan teksi yang disediakan atau anda boleh menyewa kereta, motorsikal dan basikal untuk bersiar-siar di sekitar pulau ini.

Pulau Langkawi memiliki banyak tempat menarik yang boleh anda lawati.Tidak jauh dari Jeti Kuah, anda boleh ke Dataran Lang, yang mana patung marble helang setinggi 18 m dengan pemandangan yang amat mempesonakan boleh anda lihat disini. Waktu yang paling sesuai berada disini ialah waktu pagi dan petang. Amat indah bila berpeluang melihat matahari terbenam di dataran ini. Suasananya begitu cantik.
Tidak jauh dari Dataran Lang juga, anda boleh berjalan kaki ke Taman Lagenda. Selain memiliki taman yang indah, ada beberapa replika yang dibina untuk menceritakan Lagenda yang pernah berlaku di Pulau ini.
Bagi anda yang pertama kali datang ke Langkawi, Kunjungan ke Makam Mahsuri tidak harus dilepaskan. Ia terletak kira-kira 12 Km dari bandar kuah.
Selain itu, ada tiga buah pantai yang sangat popular iaitu Pantai Cenang, Pantai tengah dan Pantai Tanjung Rhu juga harus anda kunjungi serta beberapa pantai lain seperti pantai Kok, Pantai Pasir Hitam, Pantai teluk baru, Pantai Tengkorak dan Pantai Teluk Yu juga boleh anda kunjungi jika ada kelapangan waktu.
Anda juga boleh ke Underwater world untuk melihat pelbagai jenis spesis ikan dan hidupan laut atau singgah di Taman Buaya yang terletak di Kubang Badak iaitu kira-kira 32 km dari bandar Kuah. Taman Buaya yang dibuka dari 9 pagi hingga 6 petang menempatkan lebih dari 1000 spesis buaya. Tidak ketinggalan juga telaga tujuh, salah satu destinasi air terjun yang sangat popular di sini. Ia terletak di Burau Bay iaitu kira-kira 20 km dari bandar Kuah.


Strawberi & Teh tarikan Cameron Highlands
Keindahan alam semula jadi dengan iklim sejuk dan nyaman menjadikan Cameron Highlands antara pusat peranginan yang terkenal di Malaysia..Baca Selanjutnya

Santai sambil menjamu Ikan Bakar di Bagan Lalang
Bagan Lalang mungkin boleh dijadikan alternatif perkelahan selain Port Dickson bagi warga kota yang ingin merehatkan minda..Baca Selanjutnya.

Damai & Tenang di Perth
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth mengambil masa kira-kira 5 jam lebih...Baca Selanjutnya
..
Tiga lagi tarikan baru di Langkawi yang boleh anda kunjungi iaitu Langkawi Cable Car, Langkawi Bird Paradise (Taman Burung) dan Telaga Harbour Park. Untuk ke Langkawi Cable Car, Perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit jika memandu dari bandar Kuah dan hanya 15 minit dari Lapangan terbang Antarabangsa Langkawi. Dengan menaiki Cable Car, ia adalah satu peluang yang baik untuk melihat flora di sekitar bukit dan bila berada di atas gunung Mat Cincang, anda akan dapat melihat keindahan beberapa buah pulau yang berada disekitarnya. Bayaran yang dikenakan untuk menaiki Cable Car adalah RM15 untuk Dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak.
Tempat-tempat lain yang anda boleh lawati ialah Galeria Perdana, Laman Padi, Langkawi Craft Culture Complex dan Air Hangat Village serta Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar, Pulau Tuba dan Pulau Payar.


