Tarikan utama di kuching sarawak tentunya di sekitar Kuching Waterfront atau Tebingan sungai. Ia menjadi destinasi tumpuan beriadah bagi para pelancong setiap kali ke Kuching. Malah penduduk Kuching sendiri menjadikan tempat ini sebagai tempat bersantai pada cuti hujung minggu.Kuching adalah ibu kota negeri Sarawak dan merupakan bandar keempat terbesar di Malaysia.

Disepanjang kuching waterfront, pengunjung boleh bersiar-siar sambil menikmati panorama perahu tambang berulang alik membawa penumpang dari seberang sungai ke seberang yang lain. Ambillah peluang menaiki perahu tambang ini untuk ke seberang sungai yang menempatkan kampung Boyan, di mana sekitar kampung ini sangat popular dengan penjualan kek lapis Sarawak. Malah pengunjung juga boleh melihat sendiri cara-cara membuat kek lapis sarawak dan mencubanya sebelum membeli. Selain itu, kalau nak menjamu selera,medan selera yang terdapat di kampung ini yang berhadapan dengan kuching waterfront juga adalah pilihan terbaik kerana harganya cukup berpatutan. Laksa Sarawak dan Mee Kolok yang menjadi menu kegemaran rakyat sarawak boleh di rasai di sini selain ikan bakar. Walaubagaimanapun medan selera ini dibuka bermula jam 5.00 petang. Bayaran bot penambang yang dikenakan hanya 50 sen.

Laman Utama || Pakej Percutian || Hotel || Restoran || SPA || Hiburan || Resepi || Iklan

Copyright © 2010 by xpresi-santai.com ALL RIGHTS RESERVED
Foto: Atiy Ariff
http://atiyariff.blogspot.com
Keunikan Perahu Tambang di Kuching Waterfront

 

Menikmati Keindahan Malam di Guangzhou

Di China, selain Beijing, Shanghai dan Xian, Guangzhou adalah destinasi yang boleh anda lawati. Jika dahulu Guangzhou adalah sekadar sebuah perkampungan..Baca Selanjutnya

 

Tarikan Kraftangan 1 Malaysia di Pasar Seni

Pasar Seni atau Central Market adalah salah satu tarikan bandar raya Kuala Lumpur yang mesti dilawati. Baca Selanjutnya...

Sepetang di Pantai Batu Pelanduk

Terengganu kaya dengan keindahan pantainya. Salah satu darinya Pantai Batu Pelanduk yang terletak di Daerah Dungun. Pantai ini adalah antara pantai yang tercantik di Terengganu.... BacaSelanjutnya ..

HOTEL
PAKEJ PERCUTIAN
SPA / RESTORAN


Nota Percutian

Keindahan landskap atau seni taman Kuching Waterfront yang dikelilingi beberapa bangunan bersejarah juga menjadi daya tarikan tebingan sungai ini. selain sering menjadi lokasi berjogging bagi penduduk Kuching, di kawasan berkenaan juga pada sebelah malam, pengunjung berpeluang menikmati makanan dan minuman di kawasan susur pejalan kaki tepi sungai.


Datanglah berkunjung ke tebingan ini pada malam minggu, penggunjung akan dapat merasai kemeriahan di sepanjang sungai sarawak. Laluan pejalan kaki sepanjang tebingan sungai ini menjadi sibuk dengan pelbagai aktiviti. Salah satunya, pengunjung akan dihiburkan dengan nyanyian oleh penghibur-penghibur jalanan yang sememangnya berbakat disamping dapat menikmati panorama indah di sepanjang tebingan sungai pada waktu malam yang menceriakan berbanding pada hari-hari lain.

Jika anda berjalan kaki di sepanjang tebingan sungai, anda akan dihidangkan dengan pemandangan Sebuah bangunan berwarna kuning keemasan dan berbumbung seperti payung yang dinamakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Ia terletak di Petra Jaya berhadapan dengan waterfront. kini ia menjadi destinasi baru yang menarik di Kuching. Bersebelahan dengannya pula terletak Fort Margherita yang merupakan bangunan bersejarah yang boleh anda lawati.

Bila melihat ke seberang sungai, pandangan anda juga mungkin tertumpu ke arah sebuah bangunan di sebelah kanan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak. Ia dikenali sebagai Astana Negeri, bangunan yang dibina Charles Brooke pada 1870 sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya, Ranee Margaret. Ketika ini ia menjadi kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Satu lagi tarikan yang ada di tebing sungai ini ialah Square Tower. Dulunya digunakan untuk meninjau pergerakan musuh. Ia yang dibina pada 1879 dikenali juga sebagai Rumah Pasung di kalangan penduduk tempatan kerana dikatakan pernah dijadikan pusat tahanan pada zaman pemerintahan Brooke.

Tarikan lain jika anda berkunjung ke sini, anda digalakkan menaiki Sarawak River Cruise yang menyusuri sepanjang sungai Sarawak lebih kurang 45 minit untuk melihat pemandangan menarik di sekitarnya disamping menikmati hidangan yang menyelerakan dengan persembahan kebudayaan rakyat sarawak. Bayaran yang dikenakan RM60 seorang. Mungkin agak mahal bagi yang kurang mampu atau anda boleh memilih pakej RM19 seorang untuk menyusuri sungai dengan perahu.

Lain dari yang lain, begitulah kata-kata yang akan dilafazkan selepas mengunjungi Kuching Waterfront. Selain keunikan sungai dan perahu tambang, bandar ini juga mempunyai beberapa replika patung kucing yang melambangkan tema bandar raya Kuching.

** Untuk melihat lebih banyak foto sila klik di sini......