Tarikan utama pelancong ke Kota Kinabalu sudah tentunya kerana ia menjadi pintu masuk untuk ke Gunung Kinabalu dengan ketinggian 4,095 meter. Bagi penggemar mendaki gunung, gunung Kinabalu sentiasa menjadi idaman.
Pemandangan yang indah boleh dinikmati setelah anda sampai dipuncak gunung kinabalu. Namun bagi yang tidak berdaya mendaki, pengunjung masih lagi boleh menikmati keindahan gunung kinabalu itu dari bawah iaitu di taman kinabalu.pendek kata, tidak sia-sia jika anda ke sini walaupun perjalanan mengambil masa kira-kira dua jam dari bandaraya Kota Kinabalu.

Tidak jauh dari Taman Kinabalu iaitu 6 km dari Taman Kinabalu, anda boleh ke Kundasang. Suasananya seakan sama di Cameron Highland, nyaman dan tenang. Jika anda ingin nikmati sayur-sayuran dan buah-buahan yang segar seperti Strawberi, anda boleh membelinya dipasar yang terletak di sini. Sebenarnya terdapat beberapa lagi destinasi lain yang boleh anda lawati ketika melancong ke Sabah. Antara destinasinya ialah;

1. Menara Tun Mustapha

Menara ini terletak di Teluk Likas iaitu 5 km dari bandar raya Kota Kinabalu. Menara setinggi 30 tingkat ini juga sebelum ini dikenali sebagai Yayasan Sabah.Untuk ke sini anda boleh naik bas UMS no.5A dari stesen bas plaza wawasan KK.


Laman Utama > Nota Percutian


Copyright © 2010 by xpresi-santai.com ALL RIGHTS RESERVED
Foto: Atiy Ariff
http://atiyariff.blogspot.com
Jalan-Jalan di Kota Kinabalu


Kelantan- Destinasi membeli-belah popular

Kalau Melaka terkenal sebagai Bandaraya bersejarah, Terengganu pula popular dengan pantai dan pulaunya manakala Kelantan terkenal kerana destinasi membeli-belahnya.. BACA SELANJUTNYA

Ketenangan di Sungai Congkak

Tidak tahu ke mana hendak pergi cuti hujung minggu? Bagaimana kalau ke Hutan Lipur Sungai Congkak. Disini pun merupakan destinasi perkelahan menarik yang boleh anda kunjungi...BACA SELANJUTNYA

Pasar Kea Farm

Batu Feringghi tarikan utama Pulau Pinang

Batu Ferringhi, pantai yang sangat popular di Pulau Pinang.Setiap kali hujung minggu atau cuti sekolah, pantai ini bertambah meriah dengan kehadiran pelancong di dalam atau dari luar negara...BACA SELANJUTNYA

4. Pasar ikan masin

Pasar ini juga menjadi tarikan terutamanya penggemar ikan masin.Bukan hanya ikan masin saja yang dijual, Ikan bilis udang kering dan gamat juga ada di jual di pasar ini. Semua produk hasil laut yang dijual masih segar.Tidak jauh dari pasar ini juga anda bolehlah singgah di Pasar buah-buahan atau di Pasar Basah yang menjual hidupan laut yang masih segar terutamanya udang segar.

5. Jesselton Point

Kalau melancong ke Kota Kinabalu, selain Pasar Kraftangan dan Pasar ikan masin yang menjadi tumpuan, Jesselton Point Waterfront juga adalah salah satu daripadanya yang mesti dikunjungi. Sejak dibuka pada Februari 2006, Jesselton Point yang sebelum ini dikenali sebagai terminal feri Kota Kinabalu sering menjadi kunjungan pelancong-pelancong dari luar negara mahupun dalam negeri termasuk penduduk Sabah sendiri. Ia terletak disebelah utara Kota Kinabalu iaitu di Jalan Haji Saman.

Bagi yang inginkan ketenangan, Bersiar-siar di sepanjang waterfront ini tentunya cukup mendamaikan.Panoramanya juga sangat mempesonakan lebih-lebih lagi pada waktu pagi dan petang sehinggalah melewati ke waktu senja. Ditambah pula dengan tiupan bayunya yang begitu lembut membuai-buai sangat menyegarkan.

Disini, Anda juga akan dapat melihat beberapa deretan bot laju yang beratur menunggu penumpang ke beberapa buah pulau di Taman Laut Tunku Abdul Rahman yang berdekatan yang terdiri daripada lima buah pulau yang sangat cantik iaitu pulau Manukan, Pulau Mamutik , Pulau sapi, Pulau Gaya dan Pulau Sulug. Malah Jesselton Point juga menjadi destinasi untuk berlepas ke Labuan yang mengambil masa kira-kira 3 jam untuk sampai.

Beberapa buah kedai kecil menjual cenderahati seperti t-shirt,rantai kunci dan barang-barang kraf juga ada disini.Seandainya ingin menjamu selera pula,anda boleh memilih beberapa buah restoran. Salah satu daripadanya,restoran menghadap ke laut.

Untuk ke sini anda boleh menaiki bas atau teksi tapi adalah lebih baik anda memilih untuk menaiki bas kerana tambang bas adalah lebih murah. Misalnya tambang bas dari Warisan Square ke jeti ini hanya 50 sen.

 

Pasar Kea Farm
Jesselton Point
Segama Waterfront
Nota Percutian

2. Muzium Sabah

Muzium yang dibina pada tahun 1985 ini juga amat menarik untuk dilawati kerana ia merupakan tempat yang paling sesuai untuk mempelajari sejarah Sabah serta adat resam masyarakat peribumi Sabah. Muzium ini turut mempunyai Taman Herba serta 'kampung mini' yang terdiri daripada replika rumah-rumah tradisional dan yang lebih menarik lagi muzium ini dibina mengikut rekabentuk rumah panjang masyarakat Rungus.

3. Pasar Kraftangan

Pasar ini juga dikenali Pasar Filipina di kalangan penduduk tempatan. Lokasinya terletak di Jalan Tun Fuad Stephen bertentangan dengan Kompleks Sinsuran.Ia bukan sekadar pasar menjual produk-produk kraftangan atau cenderahati tempatan seperti t-shirt, rantai kunci dan tikar rotan tapi juga pasar ini paling popular dengan produk mutiara dan kristal seperti gelang mutiara, rantai mutiara dan kerongsang. Semua produk disini dijual dengan harga yang berpatutan dan boleh tawar-menawar. Sememangnya Sabah terkenal dengan mutiaranya. Kalau ke sini tanpa membeli mutiara tak lengkap percutian anda ke Kota Kinabalu. Pasar ini tutup seawal jam 6.00 petang. Oleh itu pastikan anda tidak terlepas untuk berkunjung ke pasar ini.

Pantai Tanjung Aru

6. Segama Waterfront

Satu lagi Waterfront yang menjadi tarikan ialah Segama Waterfront di persisiran pantai Jalan Tun Fuad Stephen iaitu berdekatan dengan Hotel Hyatt Regency dan tidak jauh dari tempat membeli belah.Taman ini telah dibina pada 27 Mac 2007 dan siap sepenuhnya pada 30 Jun lalu bukan sahaja direka bentuk dengan agak unik tetapi juga lokasinya yang strategik iaitu di tengah-tengah bandar raya serta berhadapan Laut China Selatan dan berlatar belakangkan pulau-pulau.

Apa yang menariknya hiasan arca ikan, dek kayu dan lampu yang menarik boleh anda lihat di sepanjang waterfront ini. Waterfront ini sesuai sekali untuk berehat dan melepaskan penat terutama mereka yang baru selesai membeli-belah di kawasan berdekatan atau anda boleh ke sini untuk bersiar-siar sambil menyedut udara segar dan menikmati keindahan waktu malam. Ramai juga penduduk tempatan sendiri yang datang ke sini mengambil angin dan memancing.

Pada sebelah malam, tidak jauh dari Waterfront ini anda juga boleh singgah di Pasar Malam yang menjual beraneka jenis makanan termasuk makanan laut seperti ikan bakar, Sotong Bakar dan Udang Bakar dengan harga yang berpatutan.Suasana disini agak berlainan dengan Pasar Malam di Kuala Lumpur atau mana-mana pasar malam di Semenanjung. Bukan satu atau dua gerai yang menjual ikan bakar tetapi lebih lima buah gerai yang terdapat di sini. Rasailah keunikannya..ia pasti memberi kenangan terindah buat anda sepanjang berada di Kota Kinabalu.

7.Pasar Tamu Jalan Gaya

Pastikan anda tidak ketinggalan untuk ke Pasar Tamu Jalan Gaya. Pelbagai barangan tempatan seperti lukisan, kraf, kasut, barangan antik, buah-buahan dan cenderamata.

Bagaimanapun pasar ini dibuka pada hari ahad sahaja dari jam 6.30 pagi hingga 1 petang. Laluan sepanjang Jalan Gaya akan ditutup kepada lalulintas bagi memberi laluan kepada Tamu Jalan Gaya.

8. Tanjung Aru

Pantai ini merupakan tempat perkelahan yang popular di kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong. Ia terletak kira-kira 6 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) iaitu hanya 15 minit dari Kota Kinabalu. Pantainya cantik dan airnya sangat bersih. Pantai ini juga dikatakan begitu menarik untuk melihat matahari terbenam.setiap kali cuti hujung minggu pantai ini sentiasa sesak dengan pengunjung.Kebanyakkan pengunjung gemar melakukan aktiviti bersantai dan berjogging. Pantai ini juga dilengkapi dengan kemudahan gerai makanan.

Pasar Malam belakang Pasar Kraftangan
Waterfront