Percutian ke Malaysia tidak lengkap sekiranya anda tidak mengunjungi Kuala Lumpur kerana
Di Kuala Lumpur banyak juga tempat menarik yang boleh anda lawati. Salah satunya destinasi
yang memang terkenal diseluruh dunia, menara berkembar PETRONAS atau sebutan ringkasnya
KLCC.Hampir setiap pengunjung yang datang ke Kuala Lumpur menjadikan Menara Berkembar Petronas sebagai destinasi pilihan utama jika melancong ke sini.

Menara yang telah dibina diatas tapak seluas 40 hektar ini pernah menjadi banggunan tertinggi
di dunia sebelum terbinanya Taipei 101 pada tahun 2004 dan yang terbaru Burj Khalifa yang dahulunya dikenali sebagai Burj Dubai,pada ketinggian 828 m. Bagaimanapun Menara berkembar Petronas ini masih lagi menjadi bangunan berkembar paling tinggi di dunia.

Laman Utama || Pakej Percutian || Hotel || Restoran || SPA || Hiburan || Resepi || Iklan

Copyright © 2010 by xpresi-santai.com ALL RIGHTS RESERVED
Foto: Atiy Ariff
http://atiyariff.blogspot.com

 

Menikmati Keindahan Malam di Guangzhou

Di China, selain Beijing, Shanghai dan Xian, Guangzhou adalah destinasi yang boleh anda lawati. Jika dahulu Guangzhou adalah sekadar sebuah perkampungan..Baca Selanjutnya

 

Keunikan Perahu Tambang di Kuching Waterfront

Tarikan utama di kuching sarawak tentunya di sekitar Kuching Waterfront atau Tebingan. Ia menjadi
destinasi tumpuan beriadah bagi para pelancong setiap kali ke Kuching...Baca Selanjutnya...

Pantai Batu Hitam tumpuan persinggahan

Kalau ke Kuantan, selain Pantai Teluk Chempedak, pantai lain yang boleh dikunjungi ialah pantai Batu Hitam...Baca Selanjutnya..

.

HOTEL
PAKEJ PERCUTIAN
SPA / RESTORAN


Nota Percutian

Menara berkembar Petronas setinggi 45.9 meter (88 tingkat) ini telah direka oleh arkitek Cesar Pelli dan ia siap dibina pada tahun 1998.Yang menariknya juga,terdapat sebuah jejantas sepanjang 58.4 meter menghubungkan kedua-dua bangunan ini di aras 41 dan 42 yang dikenali sebagai Sky Bridge (jambatan angkasa)

Bangunan ini juga dilengkapi dengan Kompleks membeli-belah Suria KLCC. Di mana, pelbagai butik menjual barangan berjenama seperti Dior, Celine, DKNY boleh anda kunjungi jika anda merupakan pengemar fesyen terkini. Cafe dan restoran makanan segera juga banyak terdapat disini untuk anda sekeluarga menjamu selera.

 


Menara Berkembar Petronas KLCC tarikan utama Kuala Lumpur
Selain itu tarikan lain yang ada dalam bangunan ini ialah KLCC Aquaria.Ia menampilkan terowong bawah air sepanjang 90 meter dengan menempatkan lebih 150 spesies ikan yang berbagai-bagai dari Malaysia dan seluruh dunia atau pengunjung juga boleh ke Petrosains (Pusat Petrosains Petronas) yang terletak di tingkat empat Suria KLCC.Disini, pengunjung akan di dedahkan dengan ilmu sains. Banyak pengalaman yang boleh dikutip termasuk mengenai dunia dinasor, kajian mesin, petroleum, kejuruteraan dan sebagainya.Pengunjung juga boleh mencuba beberapa peralatan yang disediakan untuk merasai sendiri kehebatan sains.Bayaran masuk yang dikenakan RM12 seorang untuk dewasa, RM7 untuk remaja berumur 13-17 tahun dan RM4 seorang untuk kanak-kanak.

Di luar bangunan KLCC pula terdapat taman KLCC yang memang cantik untuk anda sekeluarga beridah.Sebuah kolam mandi untuk kanak-kanak turut dibina bagi memberi keseronokkan kepada kanak-kanak termasuk adanya taman permainan kanak-kanak untuk anak-anak kecil bermain.

Taman seluas 17 ekar ini juga amat sesuai dijadikan lokasi berjoging atau bersiar-siar pada cuti
hujung minggu.Pengunjung juga boleh merehatkan minda sambil membaca buku atau sekadar duduk bersantai di sebuah tasik buatan manusia yang terletak di tengah taman, di hadapan pusat beli-belah Suria KLCC sambil menikmati pemandangan indah di sekeliling taman yang penuh kehijauan dan keteguhan bangunan pencakar langit yang mengelilingi taman ini. Sebatang jambatan 43 meter yang melintasi tasik mencantikkan lagi tasik klcc. Bagi yang ingin bersolat,Tidak jauh dari Menara berkembar Petronas ini terdapat sebuah masjid yang diberi nama masjid Asy-Syakirin.

Cara ke sini:
Anda boleh menaiki PUTRA LRT(keretapi) dari KL Sentral atau bas KL Hop-on Hop-off.


Siapa Kami :: Peraduan :: Iklan bersama kami