Melaka terkenal sebagai Bandaraya bersejarah, Terengganu pula popular dengan pantai dan pulaunya manakala Kelantan terkenal kerana destinasi membeli-belahnya. Apa yang nak dibeli? Batik Sutera? sebenarnya macam-macam boleh dibeli dengan harga murah di Rantau Panjang. Ia adalah salah satu destinasi mebeli-belah yang sering menjadi pilihan setiap kali berkunjung ke Kota Bahru, Kelantan kerana lokasinya hanya 40 km ke utara dari bandar Kota Bharu.
Rantau Panjang merupakan sebuah pekan yang bersempadan antara Malaysia dan Thailand. Oleh itu kebanyakan barangan yang dijual adalah dari Siam (Thailand). Bukan sekadar pakaian dan beg yang dijual, barangan keperluan, dekorasi kediaman, permainan kanak-kanan dan snek dari siam juga banyak terdapat disini.Jikalau pengunjung tahu bercakap mengikut loghat Kelantan, anda pasti lebih beruntung kerana lebih mudah untuk tawar-menawar bagi mendapatkan harga paling rendah.

Selain Rantau Panjang,
kawasan bebas cukai Pengkalan Kubur juga mesti anda kunjungi jika
ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini.Lokasinya terletak di daerah Tumpat, Kelantan
iaitu hanya 35 km dari bandar Kota Bharu.
Sama seperti di Rantau Abang, setiap hujung minggu atau tibanya musim cuti sekolah, Pengkalan Kubor ini akan menjadi sesak.Tidak hanya di kunjungi pelancong domestik, penduduk tempatan juga sering ke sini untuk membeli peralatan dapur seperti Kuali , periuk , pakaian dan selimut toto.


Strawberi & Teh tarikan Cameron Highlands
Keindahan alam semula jadi dengan iklim sejuk dan nyaman menjadikan Cameron Highlands antara pusat peranginan yang terkenal di Malaysia..Baca Selanjutnya

Santai sambil menjamu Ikan Bakar di Bagan Lalang
Bagan Lalang mungkin boleh dijadikan alternatif perkelahan selain Port Dickson bagi warga kota yang ingin merehatkan minda..Baca Selanjutnya.

Damai & Tenang di Perth
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth mengambil masa kira-kira 5 jam lebih...Baca Selanjutnya
Kebanyakan barangan yang dijual pun sama di Rantau Panjang cuma kompleks perniagaan di sini lebih tersusun. Kemudahan tempat letak kereta dan warung makan juga ada disediakan.
Pasar ini
mempunyai empat tingkat.Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti
ikan, ayam ,sayur-sayuran, dan sebagainya.Tingkat satu pula diperuntukan kepada
makanan kering seperti serunding, keropok dan terdapat juga nasi dagang, ayam
percik, ikan percik, nasi kerabu, nasi berlauk, laksam dan somtam yang merupakan
antara makanan paling tersohor bagi rakyat negeri Kelantan.Kuih tradisional
Kelantan seperti tahi itik, akok, jala mas, buah tanjung, dan
pelbagai lagi kuih lain pun ada dijual di sini. Cubalah rasa salah satu darinya.
Pasti sedap! Manakala tingkat 2 dan 3 pula menjual baju batik,kain, tudung,
barangan kraftangan dan barangan cenderahati.

Pasar Wakaf Che Yeh, satu lagi tarikan baru yang mesti anda kunjungi ketika berada di Kelantan. Pasar ini beroperasi 24 jam iaitu berkonsepkan pasar pagi, pasar runcit, pasar malam danpasar borong.ia adalah tempat untuk membeli makanan ringan tempatan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan laut. Terdapat juga deretan warung peniaga yang menjual aneka pakaian lelaki dan juga pakaian wanita.
Destinasi menarik lain yang boleh anda kunjungi sepanjang berada di Kelantan ialah Muzium Kraftangan yang terletak dalam Kompleks Kampung Kraftangan di Kota Bahru. Keluasannya ialah 5 1.52 meter persegi dan 9.39 meter lebar. Kampung Kraftangan ini juga terletak berhampiran dengan Pasar Besar Siti Khadijah.

Sebelum pulang, jangan lupa berkunjung ke Pantai Cahaya Bulan. Tidak lengkap
rasanya percutian anda ke Kelantan kalau tanpa datang ke Pantai yang paling
popular di negeri ini. Ia terletak kira-kira 10 km dari Kota Bharu. Keindahan
pantainya yang dihiasi dengan pokok Ru dan pokok kelapa sangat sesuai bagi
pengunjung yang ingin beristirehat bersama keluarga.
Persisiran pantai sejauh 1.2 kilometer ini lengkap dengan
kemudahan untuk para pengunjung seperti pilihan resort, chalet, kawasan perkhemahan,
gerai, dan tandas awam. Walaupun tidak boleh mandi di pantai ini kerana ombaknya
sering bergelora terutamanya pada musim tengkujuh tapi anda boleh mengajak
anak-anak anda bermain layang-layang atau menghirup udara segar disini sambil
menikmati 'colek' yang bermaksud Sos/pencicah. 'Colek Seafood' yang terdiri
bebola ikan, bebola udang, nuget, sotong celup tepung adalah makanan ringan
yang menjadi kegemaran penduduk
tempatan disini.
Cara ke sini:
Selain menaiki kenderaan sendiri atau menaiki bas, anda boleh memilih untuk menaiki keretapi , sila layari KTMB (http://www.ktmb.com.my) untuk keterangan lanjut. Air Asia juga ada menawarkan penerbangan terus ke Kota Bahru.





Kampung Kraftangan yang siap dibina pada 9 Mac 1991 dibuka dari jam 8.30 pagi hingga 4.45 petang setiap hari kecuali Jumaat.
Anda juga tidak harus ketinggalan ke Padang Merdeka yang menjadi mercu tanda bersejarah di Bandar Kota Bharu. Nama asalnya Padang Bank dan ianya telah diberi nama Padang Merdeka sempena kemerdekaan Negara yang telah dicapai pada tahun 1957. Pengunjung-pengunjung akan dapat melihat Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama yang memberi perhargaan kepada wira-wira tempatan yang telah terkorban.
Padang Merdeka juga adalah tapak di mana mayat Pahlawan Melayu Tok Janggut, pernah digantung. Hari ini Padang Merdeka adalah lokasi bagi acara-acara perarakan dan upacara-upacara tertentu.