Hong Kong Disneyland merupakan tarikan utama jika anda mengunjungi Hong Kong.
Taman tema yang dibuka sejak 12 September 2005 ini merupakan salah satu tempat hiburan yang pasti dikunjungi oleh pengunjung-pengunjung dari seluruh dunia, terutama dari negara-negara Asia. Meskipun tidak sebesar Disneyland di Tokyo ataupun Paris namun ia tetap menjadi pilihan bagi pelancong yang pertama kali datang ke Hong Kong.

Hong Kong disneyland terletak di Pulau Lantau dan berdekatan dengan lapangan Antarabangsa Hong Kong. Perjalanan untuk ke Disneyland juga tidak susah kerana anda boleh memilih menaiki MRT dari lapangan terbang(Airport) atau melalui mrt dari bandar hong kong kerana menaiki pengangkutan ini adalah lebih murah dan mudah. Ia terbahagi empat area iaitu Main Street U.S.A.,Adventureland, Fantasyland serta Tomorrowland. Semuanya tidak harus anda lepaskan untuk dilawati.

Di Main Street U.S.A, Anda akan mengalami suasana seperti berada di usa. Deretan bangunan yang dibina menyerupai kedai-kedai yang ada di Usa. Beberapa kedai cenderahati yang menjual anak-anak patung pelbagai karetor seperti Mickey Mouse, Donald Duck, Pluto, Pooh dengan pelbagai saiz dari yang kecil hinggalah yang besar boleh dibuat pilihan,termasuk keycin dan magnet juga boleh dibeli disini bagaimanapun anda tidak boleh membazirkan begitu banyak
masa disini kerana keraktor Mickey Mouse, Donald Duck, Goofy, Pluto, Pooh dan rakan-rakannya sedang menunggu untuk bergambar bersama anda.
Kalau lewat anda perlu beratur panjang menunggu giliran.

Ketika ini anda akan seronok kerana dapat mengimbau kenangan lalu ketika zaman kanak-kanak dahulu.Anak-anak atau adik-adik anda pun akan seronok dapat bemesra dengan Mikey Mouse bersama rakan-rakannya yang sering ditonton di kaca televisyen.

lokasi ini juga menjadi tempat perarakan keraktor-keraktor disney membuat pelbagai persembahan termasuk tarian untuk mengiburkan anda.

 

Laman Utama || Pakej Percutian || Hotel || Restoran || SPA || Hiburan || Resepi || Iklan


Copyright © 2010 by xpresi-santai.com ALL RIGHTS RESERVED
Foto: Atiy Ariff
http://atiyariff.blogspot.com

Kemeriahan Hong Kong Disneyland

Ketenangan di Sungai Congkak

Tidak tahu ke mana hendak pergi cuti hujung minggu? Bagaimana kalau ke Hutan Lipur Sungai Congkak..Baca Selanjutnya..

Perlis, negeri kecil yang menawan

Kangar, ibu kota negeri Perlis. Walaupun kecil, negeri Perlis juga mempunyai beberapa destinasi menarik yang boleh anda lawati... Baca Selanjutnya..

 

Batu Feringghi tarikan utama Pulau Pinang

Batu Ferringhi, pantai yang sangat popular di Pulau Pinang.Setiap kali hujung minggu atau cuti sekolah, pantai ini bertambah meriah...Baca Selanjutnya

Bila menuju ke Fantasy Land, masing-masing begitu teruja hendak memasuki Istana Sleeping Beauty.Di sekitar kawasan inilah anda akan dapat bertemu karektor seperti Snow white dan Cinderella.

Di lokasi Tomorrowland, terdapat Space Mountain, Stitch Encounter, Orbitron, UFO Zone, Autopia dan Buzz Lightyear Astro Blasters. semuanya permainan yang boleh anda cuba untuk keseronokkan.

Akhir sekali anda boleh ke Adventureland.Nikmati pengalaman menyusuri sungai berapi dan berlubuk panas yang banyak buaya dan binatang ganas lain sebelum sampai ke pondok Tarzan.

Nota Percutian
Kemeriahan di Hong Kong Disneyland tidak hanya pada waktu siang. Pada sebelah
malam lebih meriah lagi. Anda akan dapat menyaksikan pertunjukkan bunga api
yang sangat menarik. Pertunjukkan ini bermula jam 7 malam. Oleh kerana pengunjung taman tema ini sentiasa ramai, rancanglah percutian anda sebaik mungkin. Elakkan
mengunjungi taman tema ini pada hari minggu.Bulan Disember hingga Februari adalah masa terbaik untuk bercuti di sini kerana ketika itu cuaca di Hong Kong sejuk dan selesa.
Lain-Lain Artikel yang berkaitan:

Hong Kong banyak destinasi menarik

Hong Kong adalah bandar raya yang keempat terbesar diChina. Ia terletak di pantai selatan China dan terdiri dari 3 pulau iaitu Hongkong Island, Lantau Island dan Kowloon...Baca Selanjutnya