
Hong Kong adalah bandar raya yang keempat terbesar diChina. Ia terletak di pantai selatan China dan terdiri dari 3 pulau iaitu Hongkong Island, Lantau Island dan Kowloon.
Hong Kong, sebuah negara yang sibuk. Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dan maju,Hong Kong masih dilaporkan sebagai salah sebuah bandar yang "paling hijau" di Asia. Oleh itu ia sebuah negara yang sangat menarik untuk dilawati. Sebenarnya tidak sukar untuk melancong ke negara ini kerana sistem perkhidmatan pengangkutannya seperti MTR(seperti perkhidmatan LRT di negara kita) sangat baik sekali.

Foto: Atiy Ariff :: Agensi Pelancongan: Reliance Travel
Tarikan utama pelancong ke Kota Kinabalu sudah tentunya kerana ia menjadi pintu masuk untuk ke Gunung Kinabalu dengan ketinggian 4,095 meter...Baca Selanjutnya..
Batu Feringghi tarikan utama Pulau Pinang
Batu Ferringhi, pantai yang sangat popular di Pulau Pinang.Setiap kali hujung minggu atau cuti sekolah, pantai ini bertambah meriah dengan kehadiran pelancong di dalam atau dari luar negara...BACA SELANJUTNYA
Ketenangan di Sungai Congkak
Tidak tahu ke mana hendak pergi cuti hujung minggu? Bagaimana kalau ke Hutan Lipur Sungai Congkak. Disini pun merupakan destinasi perkelahan menarik yang boleh anda kunjungi...BACA SELANJUTNYA
Hong Kong Disneyland
Sejak di buka pada 12
September 2005, Hong Kong Disneyland yang terletak di Pulau Lantau menjadi
destinasi popular. Kehadiran pengunjung disini akan dapat seperti di alam
dongeng Cinderella, dunia riang ria dan penuh warna.Tiket masuk ke Disneyland
HK$350/HK$250 (bagi
orang dewasa/kanak-kanak antara 3-11 tahun); dan HK$170 untuk warga tua 65
tahun ke atas.
Cara Murah untuk ke sini:
Naik MTR dari stesen Hongkong
(Hong Kong Island) yang menuju ke Disneyland kemudian tukar kereta api di
stesen Sunny Bay untuk ke Disneyland Resort.

Ia berketinggian 552 meter dan tertinggi di Hong Kong, puncak
ini menerima kedatangan pelancong lebih 6 juta orang setiap tahun. Dari sini,
kita boleh melihat keindahan landskap bandaraya Hong Kong penuh berwarna-warni,
Pelabuhan Victoria yang masyhur, bangunan pencakar langit, serta kehijauan
gunung yang menyamankan. The Peak menawarkan satu pengalaman yang berbez pada
waktu siang dan waktu malam.
Harga tiket pergi balik peak tram ialah HKD $30 seorang (dewasa) dan HKD $9
(kanak-kanak berumur 3-11 tahun) manakala warga emas 65 tahun keatas dikenakan
bayaran HKD $14
Cara untuk ke sini:
•Naik Feri Star, kemudian naik bas 15C; atau
•Naik MTR ke stesen Admiralty, keluar pintu B dan naik bas 12S

Pelabuhan Victoria
Bersiar-siar dengan menaiki feri pada waktu malam adalah cara terbaik untuk menikmati keindahan pelabuan Victoria dan jangan lupa bersiar-siar ke Avenue Star, Laluan Para Bintang, tempat dimana semua tanda tangan serta cap tangan artis Hongkong yang sangat terkenal dipamerkan. Artis-artis tersebut seperti, Jackie Chan, Louis Koo, Bruce Lee, dan lain-lain lagi.
Disepanjang Persiaran Tsim Sha Tsui ini kita akan dapat melihat
pemandangan di
pelabuhan yang menakjubkan dan menyaksikan pertunjukan Simponi Cahaya, yang
menampilkan 43 bangunan pencakar langit di Hong Kong melalui persembahan multimedia
yang mengagumkan. Ia merupakan salah satu tarikan paling popular di Hong Kong.
Cara untuk ke sini:
Naik MRT dan turunlah di Stesen East Tsim Sha Tsui dan carilah pintu keluar menuju Avenue of Stars.
Ladies Market (Mongkok)
Pasar yang terkenal dengan barangan aksesori wanita dari pakaian,beg tangan, perhiasan peribadi dan rumah sehinggalah ke kasut.Selain itu, terdapat juga permainan kanak-kanak dan cenderamata khas dari Hong Kong.Yang seronoknya disini, anda boleh tawar menawar. Panorama di pasar ini seakan sama di chinatown, petaling street. Pasar Ia dibuka mulai tengahari sehingga jam 11.30 malam.
Cara untuk ke sini:
Dari Mongkok Station, keluar menuju ke Tung Choi Street. lebih kurang 5 minit berjalan kaki ke Ladies Market.


Aberdeen
Satu lagi destinasi yang
mesti dilawati. Ia terletak dekat dengan pelabuhan Victoria.
Disini kita boleh bersiar-siar menaiki bot untuk melihat kehidupan penduduk
asal Hong Kong yang berumah di atas bot.
Cara untuk ke sini:
Naik bas No. 38, 42, 78, 91, 91A, 94A, 95
Keliling Hong Kong dengan Tram
Naik trem juga merupakan cara yang baik untuk menghabiskan
percutian anda di sini.Sistem
pengangkutan ini telah beroperasi sejak 1904 dan ia adalah pengangkutan yang
paling
murah kerana sekali naik, hanya 2 HKD untuk Dewasa. Anda boleh memilih destinasi
ke Causeway Bay yang terkenal dengan pusat membeli-belah.
Cara untuk ke sini:
Anda perlu Naik MTR ke
stesen Central untuk ke Stesen perhentian Tram.

Naik Cable Car di Ocean Park
Ocean Park adalah sebuah
Taman Laut Hong Kong yang terbesar di Asia Tenggara. bukan
sahaja ada akuarium yang mempamerkan pelbagai jenis ikan tapi juga pertunjukan
dolfin, permainan roller-coasters yang menakjubkan dan juga panda.
Naiklah cable car menuju Pacific Pier untuk menikmati satu pemandangan gunung
dan laut
yang indah.
Cara untuk ke sini:
Naik MTR ke stesen Admiralty,
kemudian naik bas 629.
MUSIM-MUSIM DI HONG KONG
Musim Bunga
Mac - pertengahan Mei
Suhu dan kelembapan meningkat. Petang boleh jadi sejuk
Musim Panas
Lewat Mei - pertengahan September Panas, lembab dan cerah, dengan hujan sekali-sekala
diiringi petir
Musim Luruh
Lewat September - awal Disember Angin nyaman, cuaca cerah dan suhu yang nyaman.
Ramai menganggapnya sebagai bulan-bulan terbaik bagi setiap tahun
Musim Sejuk
Pertengahan Disember - Februari
Dingin, kering dan berawan, kadangkala angin sejuk. Cuaca boleh jatuh di bawah 10ºC di kawasan bandar
Hong Kong mempunyai iklim sub-tropika bermusim. Musim taufan menjelang ketika
bulan Mei hingga November.
Matawang
Mata wang Kong ialah dolar Hong Kong
Hotel Pilihan:
Ramada Hotel Kowloon
73 Chatham Road South
Kowloon - Hong Kong,
Metropark hotel Mongkok
22 Lai Chi Kok Road, Mongkok,
Kowloon, Hong Kong
Makanan Halal
Ada beberapa Restoran halal di Jordon Street dan Nathan Road
