Di China, selain Beijing, Shanghai dan Xian, Guangzhou adalah destinasi yang boleh anda lawati. Jika dahulu Guangzhou adalah sekadar sebuah perkampungan tapi sekarang ia adalah sebuah kota perdagangan dan industri terkemuka yang terus berkembang dengan cepat.

Guangzhou merupakan Bandar ketiga terbesar di China selepas Beijing dan Shanghai. Ia juga dikenali dengan nama Canton dan merupakan ibu kota wilayah Guangdong yang terletak di bahagian selatan China. Kedudukan Guangzhou menghadap Laut Selatan di sebelah selatan, membelakangi Delta Sungai Mutiara di sebelah utara, dan terletak berdekatan dengan Shenzhen, Hong Kong dan Macau.

Selain di kenali dengan Bandar kambing, Guangzhou juga dikenali dengan Bandar bunga kerana Bandar ini begitu kaya dengan taman yang hijau dan bunga-bungaan berwarna warni yang dihias cantik sama ada di tamannya atau disepanjang lebuhrayanya.

Panorama malam yang indah Pearl River

Laman Utama || Pakej Percutian || Hotel || Restoran || SPA || Hiburan || Resepi || Iklan


Copyright © 2010 by xpresi-santai.com ALL RIGHTS RESERVED
Foto: Atiy Ariff
http://atiyariff.blogspot.com


Menikmati Keindahan Malam di Guangzhou

Teluk Chempedak destinasi perkelahan popular

Teluk Chempedak adalah destinasi perkelahan popular di Kuantan.Setiap kali hujung minggu atau musim cuti sekolah, pantai ini akan sering sesak dengan orang ramai...Baca Selanjutnya..

Pantai Batu Hitam tumpuan persinggahan

Kalau ke Kuantan, selain Pantai Teluk Chempedak, pantai lain yang boleh dikunjungi ialah pantai Batu Hitam..Baca Selanjutnya..

Seni bina unik Masjid Kristal

Satu lagi masjid yang menjadi tarikan di Kuala Terengganu selepas Masjid Tengku Ampuan Nur Zahirah atau dikenali juga dengan nama masjid terapung adalah masjid Kristal...Baca Selanjutnya..

Travel Agent: SMAS Travel

Dengan populasi lebih 12 juta penduduknya, Guangzhou menjadi kota yang sangat padat.Bagi yang belum tahu, Guangzhou menjadi tumpuan seluruh dunia sebagai sebuah pusat pemborong barangan. Kebanyakan rakyat Malaysia ke Guangzhou untuk memborong barang untuk di niagakan di Malaysia kerana banyak barangan boleh diperolehi dengan murah disini lebih-lebih lagi jika dibeli dengan borong namun tidak dinafikan Guangzhou juga memiliki beberapa destinasi menarik yang boleh dikunjungi antaranya menikmati keindahan malam disepanjang pearl river (Sungai Mutiara), Beriadah di Taman Yue Xiu ,Menara Guangzhou, Guangzhou Ocean World, dan membeli-belah di Beijing Lu , Shangxiajiu Lu, Yide Lu dan Haizhu Square.

 


Nota Percutian

 

Jika anda bercadang ke Guangzhou, anda boleh memilih untuk mengikuti pakej ataupun tanpa menggunakan khidmat pemandu pelancong. Berjalan-jalan di sekitar Bandar Guangzhou mudah, anda boleh menggunakan perkhidmatan Metro, sama seperti LRT di Malaysia namun sebelum sampai ke sini pastikan anda sudah mendapatkan peta Bandar ini kerana kebanyakan orang di sini tidak boleh berbahasa inggeris. Kalau adapun tidak begitu fasih. Jalan-jalan di Guangzhou pun banyak lorong kecil, jika tiada maklumat lengkap mengenai sesuatu tempat yang anda hendak pergi mungkin anda akan tersesat. Sewaktu di sini, saya banyak menggunakan perkhidmatan Metro, ianya mudah dan murah berbanding menaiki teksi. Bagaimanapun kurangnya maklumat membuatkan saya tersesat hampir 30 minit untuk menuju ke Masjid Huaisheng.

Kata orang jauh perjalanan, luas pengalaman. Begitulah banyaknya pengalaman yang saya dapat sepanjang berada di Bandar Guangzhou.

Tempat-tempat menarik di Guangzhou:

1) Pearl River

Sungai Mutirara atau pearl river terlihat sangat anggun di malam hari. Ruginya jika anda melepaskan peluang menyusuri sungai ini. Sungai Mutiara adalah sungai yang ketiga terpanjang di China. Anda akan dibawa menyusuri sungai mutiara ini kira-kira 1 jam. Pada waktu malam, kilauan lampu menerangi bangunan-bangunan pencakar langit yang dapat dilihat di sepanjang sungai ini termasuk Menara Guangzhou. Jambatan-jambatan juga diterangi lampu-lampu yang boleh bertukar warna. Kapal-kapal yang lalu lalang membawa penumpang juga dihiasi dengan lampu. Sememangnya ia adalah tarikan yang paling menarik di bandar ini. Bayaran paling murah untuk menaiki kapal ini ialah 58 Yuan seorang dari Tianzi Wharf.

Cara ke sini:

Anda boleh naik Metro Guangzhou ke Stesen Haizhu Square (Line 2) dan kemudian keluar ke pintu A menuju ke Tianzi Wharf, jalan Yanjiang Middle.

2) Yue Xiu Park

Ia adalah taman terbesar di Guangzhou. Taman seluas 868 meter persegi ini terdiri dari tiga buah tasik dan tujuh bukit. Tidak sah jika anda ke Guangzhou tanpa melawat taman ini kerana di taman inilah letaknya patung lima kambing yang menjadi lambang kota Guangzhou, dimana ia terletak di puncak bukit taman ini.

Sebelum sampai ke Patung Lima kambing ini, anda perlu menaiki lebih dari seratus anak tangga. Selain menjadi destinasi tumpuan pelancong, taman ini juga menjadi kegemaran penduduk Guangzhou untuk beriadah. Tidak kira pada waktu pagi atau petang, taman ini sangat popular di kalangan remaja untuk berlibur manakala warga emas pula menjadikan taman ini sebagai lokasi untuk melakukan senaman ringan seperti taici.

Taman yang penuh kehijauan ini memberi kesegaran dan ketenangan kepada sesiapa sahaja yang mengunjunginya. Kebersihan tamannya juga sangat terjaga. Anda bukan sekadar boleh bersiar-siar ditaman ini untuk menghirup udara yang segar tetapi juga boleh menaiki bot elektrik atau bot yang dikayuh sendiri untuk menikmati keindahan tasiknya. Perkhidmatan tram juga disediakan dengan bayaran 10 Yuan seorang untuk anda melihat sekeliling taman ini.
Dalam taman ini juga tersergam Menara Zhenhai atau dikenali juga sebagai Menara Lima Tingkat atau Menara Wanghai. Menara lima tingkat ini juga menjadi daya tarikan jika anda berkunjung ke sini. Ia dibina pada 1380 iaitu zaman Dinasti Qing. suatu masa dulu ia pernah digunakan sebagai menara peninjau atau bangunan pengawal pantai dan menjadi bangunan tertinggi di Guangzhou.
Pada tahun1956, menara ini dijadikan Muzium Guangzhou.Terdapat banyak lagi taman-taman lain disekitar Guangzhou.

Cara ke sini:

Anda boleh naik Metro Guangzhou ke Stesen YueXiu park, keluar pintu B1

3. Sun Yat-sen Memorial Hall

Satu Patung Sun Yat Sen bersama sebuah dewan besar dibina khas pada tahun 1929 untuk memperingati jasa Sun Yat Sen.


Cara ke sini:
Anda boleh naik Metro Guangzhou ke Stesen sun Yat sen Memorial Hall, keluar pintu D

4. Beijing Lu

Beijing Lu atau jalan Beijing merupakan sebuah jalan di mana di kanan-kirinya terdapat kedai-kedai yang menjual berbagai jenis barang. Pakaian wanita, beg tangan, kasut , pakaian lelaki dan aksesori wanita, semuanya ada dijual disini. Jalan ini dibuka khas untuk pejalan-pejalan kaki sahaja. Setiap hari jalan ini dipenuhi oleh rakyat tempatan temasuk pelancong untuk membeli-belah. Pada sebelah malam, jalan ini kelihatan lebih meriah dengan lampu yang berwarna warni.

Cara ke sini:
Anda boleh naik Metro Guangzhou ke stesen Gongyuanqian, ikut jalan Zhongshan Wu Lu. Anda perlu berjalan kaki kira 5- 10 minit ke Beijing Lu.

5. Masjid Huaisheng

Masjid ini telah dibina pada awal zaman Dinasti Tang. Masjid yang dikenali juga Masjid Rumah Api,merupakan salah sebuah antara 4 buah masjid yang paling awal dibina di China selepas agama Islam disebarkan di China.Ia terletak di Guangta Lu dan memiliki seni bina masjid yang menggabungkan unsur klasik China dan Ciri-ciri arab serta berkeluasan kira-kira 3,200 meter persegi

Cara ke sini:
Anda boleh naik Metro Guangzhou ke Stesen Ximenkou, keluar pintu B dan kemudian jalan 500 meter ke jalan Guangta atau boleh juga menaiki bas 56 atau 58 ke Stesen Bas Guangta Road

6. Shangxiajiu Lu
Jalan ini juga sangat popular dan paling sibuk di Guangzhou. Lebih 1000 buah kedai terdapat disini. Sama seperti di Beijing Lu, pelbagai pakaian wanita , lelaki , beg, kasut dan aksesori wanita, boleh anda dapatkan disini Cuma laluan pejalan kaki di Shangxiajiu Lu lebih panjang dari Beijing Lu. Malah kebanyakan barang yang dijual lebih murah.

Cara ke sini:
Anda boleh naik Metro Guangzhou ke Stesen Changshou Lu (line 1), keluar pintu D. Berjalan ke Dishipu Lu sehingga anda menemui jalan Shangxiajiu.


7. Menara Canton (Guangzhou Tower) / Guangzhou Opera House / Muzium Guangdong

Menara Canton atau Canton Tower mula beroperasi pada 29 September 2010 pada pembukaan Asian Games 2010. Menara yang dulunya disebut Guangzhou TV Tower merupakan menara Tv rtinggi di dunia, menggantikan CN Tower (553 m) di Kanada. Ia juga merupakan bangunan tertinggi di Cina dan Asia Timur Malam membuat menara Canton menjadi istimewa. Menara setinggi 610 meter ini akan mengeluarkan beragam cahaya warna-warni yang indah.

Beijing Lu

Tidak jauh dari Menara Canton, anda boleh ke Guangzhou Opera House, satu lagi tarikan baru di Guangzhou. Ia telah dibuka pada awal tahun 2011. Senibina bangunannya sangat unik dan menjadi pusat pengembangan kebudayaan Guangzhou. Di lokasi berdekatan, anda juga boleh mengunjungi Muzium Guangdong, Perpustakaan Guangzhou, Huacheng Square dan Liede Bridge(jambatan Liede). Semua destinasi menarik ini terletak di New Zhujiang Town atau Bandar Baru Zhujiang.

Cara ke sini:

Anda boleh menaiki Metro Guangzhou ke Stesen Zhujiang New Town. Keluar ke Pintu Guangzhou Opera House.


8 . Makam Saad bin Abi Waqas

Saad bin Abi Waqas adalah bapa saudara Nabi Muhammad s.aw yang datang ke Negara China untuk menyebarkan agama islam. Makamnya terletak di daerah YueXiu. Selain Makam, terdapat juga sebuah masjid disini yang di beri nama Masjid Saad Bin Abi Waqas.

Cara ke sini:
Anda boleh menaiki Metro Guangzhou ke Stesen YueXiu Park. Keluar di Pintu B2. Ia terletak berhadapan dengan taman YueXiu dan berdekatan dengan taman Orkid.

9. Guangzhou Ocean World & Zoo

Bila anda melawat ke Zoo Guangzhou, jangan lupa singgah ke Taman laut Guangzhou (Guangzhou Ocean World) kerana taman laut terletak di sebelah utara Zoo. Disini pelbagai jenis ikan yang boleh anda lihat. Bayaran masuk ke taman laut ini dan Zoo adalah 1oo Yuan seorang dewasa atau 60 yuan untuk kanak-kanak.

Cara ke sini:

Anda boleh menaiki Metro Guangzhou ke Stesen Zoo (Line 5), Kemudian keluar pintu B.

10. Lingnan Impression Garden

 

Ia juga merupakan destinasi sekitar Guangzhou yang boleh anda lawati. Dalam hanya satu hari di sana, anda boleh melihat bangunan-bangunan tradisional masyarakat Cina Guangzhou, ukiran kayu, potongan kertas, seramik Shiwan dan memakai kostum Lingnan. Kawasan ini dulunya dikenali sebagai Universiti City Museum dan tanpa dikenakan sebarang bayaran masuk tetapi setelah diubahsuai, kini bayaran masuk yang dikenakan ialah 45RMB seorang.

Cara ke sana:

Naik Metro Guangzhou ke Stesen Guangzhou Higher Education Mega Centre South gate kemudian keluar pintu B dan selepas itu naik bas percuma yang di sediakan di depan stesen. Bagaimanapun perkhidmatan bas percuma ini hanya disediakan pada hari Sabtu dan Ahad serta pada hari cuti.

Masa perjalanan: Penerbangan mengambil masa 4 jam dari Kuala Lumpur.

Waktu: Sama di Malaysia

MUSIM-MUSIM DI GUANGZHOU:


Musim Bunga
Mac - april.

Musim Panas
Mei - pertengahan September .
Panas, lembab dan cerah, dengan hujan yang kerap.

Musim Luruh
Lewat September - awal Disember. Angin nyaman, cuaca cerah dan suhu yang nyaman.

Musim Sejuk
Pertengahan Disember - Februari. Dingin dan sejuk


Masa yang paling baik melawat Guangzhou ialah musim bunga (Mac-Awal April) & musim Luruh( September - Oktober)


Matawang: Mata wang di Guangzhou ialah RENMINBI (Yuan)

Makanan Halal
1) Restoran Nur Bustan Guangzhou terletak berhadapan masjid Huaisheng.
2) Salam Harbor, Sayuanli
3) Restoran Abdullah, Sayuanli

Untuk melihat lebih Foto, Sila KLIK DI SINI....

Sekitar Pemandangan di Yuexiu Park
Pearl River
Masjid Huaisheng
Liwan District
Masjid Saad bin Abi Waqas
Canton Tower
Guangzhou Opera House
Sun Yat-sen Memorial Hall