Keindahan alam semula jadi dengan iklim sejuk dan nyaman menjadikan Cameron Highlands
antara pusat peranginan yang terkenal di Malaysia. Ia terletak di negeri Pahang,di tengah-tengah Banjaran Titiwangsa dengan ketinggian 1,829 meter dari aras laut. Ada dua kawasan utama yang menjadi tumpuan jika bercuti di Cameron Highlands iaitu Tanah Rata dan Brinchang namun begitu pastikan anda tidak datang bercuti ke sini pada hari cuti umum kerana tanah tinggi ini akan penuh sesak.

Tarikan utama kalau ke Cameron Highlands sudah tentulah Ladang teh. Terdapat dua ladang
teh yang menarik untuk dikunjungi iaitu Ladang Teh Boh di Sungei Palas dan Ladang teh Bharat.
Sebagai peminat teh, inilah masanya anda melihat sendiri pokok teh dan menikmati secawan teh
segar di hentian teh bharat sambil melihat keindahan panorama ladang teh yang terbentang luas
dan cukup menakjubkan.Ladang teh Bharat terletak tidak jauh dari pekan tanah rata.

jika ada kelapangan masa, anda bolehlah mengunjungi kilang teh yang turut terletak di Ladang
teh sungei Palas. Disini beberapa produk teh seperti teh strawberi , teh tarik strawberi dan
kopi strawberi ada dijual.Ladang teh ini dibuka untuk lawatan setiap hari kecuali hari isnin
dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

Ladang Strawberi juga satu lagi daya tarikan pengunjung ke Cameron Highlands. Kalau dulu
penanaman strawberi hanya boleh kita lihat di Eropah tetapi sekarang tidak perlu ke negara luar
untuk melihat pokok strawberi kerana di Cameron Highlands ,terdapat banyak ladang strawberi
termasuklah di Tanah rata dan juga Brinchang. Antara ladang-ladang yang boleh anda kunjungi ialah
Kasimani’s Strawberry farm, KHM Strawberry, EQ Strawberry farm, Health Strawberry farm,
Raju’s Hill Strawberry farm dan juga Big Red Strawberry Farm. Ada beberapa buah pemilik ladang
yang membenarkan anda memetik sendiri buah strawberi dengan kadar bayaran tertentu. Pengalaman
ini tentunya sangat berharga buat anda yang pertama kali datang ke sini.

Pengunjung juga berkesempatan membeli barangan yang terhasil daripada buah strawberi seperti
jem, Coklat Strawberi dan strawberi kering. Misalnya di Big Red Strawberry Farm yang terletak
di Brinchang dan berhampiran dengan Hotel Rossa Passadena, anda boleh menikmati Aiskrim Strawberi,Kek Strawberi atau jus strawberi.Selain menanam strawberi, ladang ini juga menanam pelbagai jenis salad, tomato, bunga dan kaktus serta menyediakan kedai cenderamata.

Laman Utama || Pakej Percutian || Hotel || Restoran || SPA || Hiburan || Resepi || Iklan


Copyright © 2010 by xpresi-santai.com ALL RIGHTS RESERVED
Foto: Atiy Ariff
http://atiyariff.blogspot.com
Strawberi & Teh tarikan Cameron Highlands


Kelantan- Destinasi membeli-belah popular

Kalau Melaka terkenal sebagai Bandaraya bersejarah, Terengganu pula popular dengan pantai dan pulaunya manakala Kelantan terkenal kerana destinasi membeli-belahnya.. BACA SELANJUTNYA

Ketenangan di Sungai Congkak

Tidak tahu ke mana hendak pergi cuti hujung minggu? Bagaimana kalau ke Hutan Lipur Sungai Congkak. Disini pun merupakan destinasi perkelahan menarik yang boleh anda kunjungi...BACA SELANJUTNYA

Pasar Kea Farm

Batu Feringghi tarikan utama Pulau Pinang

Batu Ferringhi, pantai yang sangat popular di Pulau Pinang.Setiap kali hujung minggu atau cuti sekolah, pantai ini bertambah meriah dengan kehadiran pelancong di dalam atau dari luar negara...BACA SELANJUTNYA

Lawatan anda juga mungkin tidak lengkap sekiranya tidak singgah ke pasar kea farm di Brinchang
yang menjual pelbagai sayur-sayuran dan buah-buahan yang masih segar dari ladang seperti Kobis,
Tomato , lada benggala, Ubi , Lobak Merah , terung dan jagung serta limau dengan harga yang rendah. Pelbagai jenis kaktus,bunga segar dan cenderamata pun ada dijual. Paling menarik barangan seperti bantal berbentuk strawberi adalah cenderamata unik yang boleh dibawa pulang selain payung , beg dan selipar.

Berkunjung ke Taman Rama-rama juga tidak harus dilepaskan. Pelbagai spesis rama-rama boleh dilihat di sini dengan bayaran masuk RM5 seorang untuk dewasa dan RM2 untuk kanak-kanak. Begitu juga dengan Cactus point yang menjadi destinasi yang mesti dikunjungi bagi anda yang menjadi penggemar kaktus.Ia terletak kira-kira 500 meter dari Kea Farm.pelbagai jenis kaktus ada dipamerkan disini, malah ada juga yang dijual.

 

Pasar Kea Farm
Sedap..buah Jambu Epal
Nota Percutian

Cactus Valley
Antara tarikan lain, anda boleh melawat ladang sayur-sayuran yang begitu banyak di tanam disini
dan ladang bunga Ros.Terdapat beberapa buah tapak semaian bunga di sepanjang jalan utama dari Ringlet hingga ke Kampung Raja yang dibuka kepada orang ramai. Disamping merakamkan kenangan di ladang bunga-bungaan ini anda juga boleh membeli bunga ros, kekwa, dan lili dengan harga yang istimewa.

Pendek kata, pengalaman bercuti di Cameron Highlands sememangnya menyeronokkan apatah
lagi jika anda sukakan alam semula jadi dan teringin merasai kedinginan pada suhu
antara 18 darjah celcius hingga 22
darjah celcius.

Untuk ke Cameron Highlands, pelancong boleh melalui jalan Gua Musang di Kelantan ke
Kampung Raja. Bagi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan anda boleh melalui susur keluar Tapah
atau terbaru melalui Plaza Tol Simpang Pulai. Walaupun melalui simpang pulai jauh sedikit tetapi
jalannya tidak terlalu banyak bengkang-bengkok.

Untuk Melihat Foto-Foto Lain...KLIK DI SINI...