Pantai Bukit Keluang adalah satu lagi pantai yang amat indah , dimiliki oleh Negeri Terengganu.
Pantai ini terletak di daerah besut berhampiran diantara sempadan Terengganu dan Kelantan iaitu
hanya 4 km dari Pekan Kuala Besut dan kira-kira 19km dari Bandar Jerteh.

Sekiranya anda memilih untuk bercuti di Pulau Perhentian, jangan sekali melepaskan peluang untuk ke Pantai Bukit Keluang kerana pantai ini menyediakan pemandangan yang sangat indah untuk dilihat.Sayang sekali, jika anda tidak ke sini kerana Lokasinya tidak berapa jauh dari jeti pulau Perhentian.

Laman Utama || Pakej Percutian || Hotel || Restoran || SPA || Hiburan || Resepi || Iklan

Copyright © 2010 -2012 by xpresi-santai.com ALL RIGHTS RESERVED
Foto: Atiy Ariff
http://atiyariff.blogspot.com

Keunikan pantai di Daerah Besut

Teluk Batik, sesuai pelbagai aktiviti riadah

Jika pengunjung ke Lumut tetapi tidak ke Pulau Pangkor, Anda boleh ke satu lagi destinasi yang menarik di negeri Perak iaitu pantai Teluk Batik...Baca Selanjutnya

 

Pantai Batu Hitam tumpuan persinggahan

Kalau ke Kuantan, selain Pantai Teluk Chempedak, pantai lain yang boleh dikunjungi ialah pantai Batu Hitam...Baca Selanjutnya..

Teluk Chempedak destinasi perkelahan popular

Selain pantai Cherating, pantai Teluk Chempedak adalah tempat perkelahan yang paling popular di Pahang. Ia juga adalah destinasi yang sering
menjadi tumpuan...Baca Selanjutnya...

HOTEL
PAKEJ PERCUTIAN
SPA / RESTORAN


Nota Percutian

Keistimewaannya pantai ini, terdapat tempat berjalan yang diperbuat daripada kayu diantara gua
dan pantai, dimana Semua pengunjung yang datang ke sini tidak ketinggalan mendaki tangga yang
terdapat di tepi bukit untuk melihat permandangan di tengah laut yang sangat cantik jika dilihat
dari atas. Malah dapat juga menikmati udara yang segar dan bersih serta dapat menyaksikan
keunikan gua-gua yang ada disini.

Selain berkelah, anda juga boleh menjalankan apa sahaja aktiviti pantai di sini namun perlu
berhati-hati kerana pada musim tengkujuh ombak dipantai ini sangat kuat.

Kalau ingin menjamu selera, Tidak perlu risau kerana terdapat gerai makan dan minum disini
serta kemudahan lain seperti tandas awam dan wakaf untuk berehat bagi memberi kemudahan
yang selesa kepada pengunjung.


Untuk ke sini:

Dari Kuala Lumpur, anda perlu melalui Lebuhraya Pantai Timur menuju ke Kuala Terengganu. Apabila sampai di Kuala Terengganu, anda perlu mencari arah jalan untuk ke Kota Bharu. Bukit Keluang ini terletak di Kuala Besut iaitu sempadan antara Negeri Terengganu dan Kelantan.

Sekiranya anda dari Kota Bharu, ambil arah jalan untuk ke Kuala Terengganu. Apabila sampai di Jerteh dalam Daerah Besut, cari tanda jalan untuk ke Kuala Besut. Anda akan menemui Bukit Keluang sebelum sampai ke Jeti Kuala Besut.

HTML Comment Box is loading comments...
hit counter
Pelawat