Dataran Tian'anmen
Dataran Tian'anmen yang mula dibina pada tahun 1417 merupakan tempat diadakan upacara penting pada zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing.Ia adalah dataran terluas dan terbesar di dunia. Lokasinya terletak berdekatan dengan Forbidden City.
Summer palace
Ia adalah istana yang
terletak 15 km dari pusat kota Beijing. Ia dibina semasa zaman Dinasti Jin.ini
adalah perkarangan taman maharaja terbesar di china. Ia dibina semasa pemerintahan
Maharaja Qinglong pada tahun 1751. kawasan ini memiliki sebuah tasik yg sangat
besar.
Menurut sejarah, pada musim panas saban tahun, istana ini menjadi lokasi bagi
maharaja dan maharani untuk menghabiskan masa mereka.

Beijing adalah destinasi popular yang sering menjadi pilihan rakyat malaysia untuk pergi bercuti. Selain Kaya dengan destinasi menarik, nilai matawangnya yang murah membuatkan kita seronok sakan untuk membeli-belah.
Tempat-tempat menarik:

Tarikan utama pelancong ke Kota Kinabalu sudah tentunya kerana ia menjadi pintu masuk untuk ke Gunung Kinabalu dengan ketinggian 4,095 meter...Baca Selanjutnya..
Batu Feringghi tarikan utama Pulau Pinang
Batu Ferringhi, pantai yang sangat popular di Pulau Pinang.Setiap kali hujung minggu atau cuti sekolah, pantai ini bertambah meriah dengan kehadiran pelancong di dalam atau dari luar negara...BACA SELANJUTNYA
Ketenangan di Sungai Congkak
Tidak tahu ke mana hendak pergi cuti hujung minggu? Bagaimana kalau ke Hutan Lipur Sungai Congkak. Disini pun merupakan destinasi perkelahan menarik yang boleh anda kunjungi...BACA SELANJUTNYA
Tembok Besar China
Tembok sepanjang 6700
kilometer ini menjadi lambang kebanggaan China dan salah satu
binaan yang paling menakjubkan di dunia.
Ia merupakan sebahagian
daripada projek pertahanan tentera Dinasti Ming yang
dipelihara keutuhannya sampai sekarang.Pintu masuk yang paling popular adalah
Badaling
yang berjarak sekitar 70 km dari ibu kota Beijing.
Forbidden City
Suatu ketika dulu ia adalah satu bandar larangan dimana rakyat awam dilarang masuk ke kawasan ini tanpa tujuan.Ia adalah istana rasmi bagi maharaja China yang semasa Dinasti Ming sehingga akhir Dinasti Qing. Ia mempunyai keluasan 720 000 meter persegi dan mengambil masa selama 14 tahun untuk dibina.
Istana ini juga dikatakan
mempunyai 9999 bilik, lengkap dengan pejabat maharaja,bilik
mesyuarat, bilik tidur maharaja, bilik-bilik tidur gundik-gundik dan taman
maharani.


Wangfujing Street
Ia adalah destinasi membeli-belah yang sangat popular di Beijing. Terdapat Deretan Kedai besar dan kecil yang menjual pelbagai pakaian lelaki dan wanita,jam, kasut dan barangan cenderahati di sini.
Masjid Niujie
Ia merupakan masjid yang tertua
dan terbesar di Beijing.Ia terletak di Niujie, Daerah Xuanwu. Beijing yang
menjadi kawasan paling ramai muslim disini.Masjid ini pertama kali dibina
pada 996 dan dibina semula dan juga dibesarkan di bawah Maharaja Qing Kangxi
(1622-1722).
Stadium olimpik beijing
Ia juga dikenali sebagai
Stadium sarang bnurung kerana bentuknya seperti sarang
burung. Ia telah dibina ketika Beijing menjadi tuan rumah Sukan Olimpik pada
tahun 2008.
Hutong
Naik Beca di Hutong tentunya memberi pengalaman baru kepada pelancong. Hutong
bermaksud lorong.Pelancong akan dibawa melalui lorong kecil untuk melihat
senibina rumah dan kedai tradisional masyarakat cina di Beijing.
Musim
Bunga
Mac - April
Panas
Jun -Ogos
Luruh
September-November
Sejuk
December- Februari
Matawang
Mata wang di Beijing ialah
RENMINBI (Yuan)


Pakej Percutian