Terengganu kaya dengan keindahan pantainya. Salah satu darinya Pantai Batu Pelanduk yang terletak di Daerah Dungun. Pantai ini adalah antara pantai yang tercantik di Terengganu. Airnya
sangat bersih dan kebiru-biruan sesuai sekali untuk dijadikan destinasi mencari ketenangan.

Keindahan pantai ini juga membuatkan ia adalah destinasi yang sering terpilih menjadi lokasi penggambaran filem atau drama termasuk drama lagenda Ulek Mayang.

Uniknya pantai ini, bila melihat struktur batuan yang menyerupai seekor pelanduk ada dipantai ini. Memang lain dari yang lain.Begitulah besarnya keagungan Allah yang maha esa. Berhampiran pantai ini terdapat sebuah bukit pula yang boleh anda naik untuk melihat panorama
sekeliling pantai Batu Pelanduk. Pondok untuk berehat juga ada disediakan di sekitar pantai.

Sesiapa yang pernah datang ke sini, tentu sekali menyimpan impian untuk kembali lagi ke pantai ini.

Pantai Batu Pelanduk terletak 10km dari Bandar Dungun. Ia juga terletak berdekatan dengan
Rantau Abang. Setiap kali musim cuti, pantai ini akan sering menjadi destinasi persinggahan kerana kedudukannya yang terletak dilaluan persekutuan antara Terengganu ke Kuantan.

Laman Utama || Pakej Percutian || Hotel || Restoran || SPA || Hiburan || Resepi || Iklan


Copyright © 2010 by xpresi-santai.com ALL RIGHTS RESERVED
Foto: Atiy Ariff
http://atiyariff.blogspot.com
Sepetang di Pantai Batu Pelanduk

Strawberi & Teh tarikan Cameron Highlands

Keindahan alam semula jadi dengan iklim sejuk dan nyaman menjadikan Cameron Highlands antara pusat peranginan yang terkenal di Malaysia..Baca Selanjutnya

Santai sambil menjamu Ikan Bakar di Bagan Lalang

Bagan Lalang mungkin boleh dijadikan alternatif perkelahan selain Port Dickson bagi warga kota yang ingin merehatkan minda..Baca Selanjutnya.

 

Damai & Tenang di Perth

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth mengambil masa kira-kira 5 jam lebih...Baca Selanjutnya

Pakej Hotel & Lawatan

Bagi penduduk tempatan pula, pantai ini seringkali dijadikan tempat menikmati ketenangan di waktu petang.

Untuk ke sini, pengunjung boleh menaiki bas dari Kuala Terengganu ke Dungun atau bas dari Bandar Dungun ke Kuala Terengganu.

Bersebelahan dengan pantai ini juga terdapat satu lagi pantai yang sering menjadi perhatian iaitu Pantai Teluk Bidara, kira-kira 145 km dari Kuantan. Lokasinya pun terletak tidak jauh dari Tanjung Jara Resort. Pantai ini juga sangat menarik. Airnya yang jernih namun semasa musim tengkujuh pengunjung tidak digalakkan bermandi-manda disini kerana ombak besar. Disini, pengunjung juga boleh menghirup udara segar yang nyaman sambil berjalan-jalan dipersisiran pantai yang pasirnya berwarna keemasan serta sesuai untuk memancing.


Nota Percutian
Untuk Melihat Foto-Foto Lain...KLIK DI SINI...
Penginapan:

Rumbia Resort Villa Paka
Lot 3573, Unit No. 1,
Mukim Kuala Paka,
23100 Paka,
Dungun, Terengganu.
Tel: 09-8272020
Faks: 09-8272759
Laman Web: http://www.rumbiaresort.com

Residence Resort Paka
Lot 473, Kampung Cacar,
23100 Paka, Dungun, Terengganu
Tel : 09-8273366
Fax : 09-8273388
Web : http://www.residence.com.my


Mayang Sari Resort

Lot 2151, Jalan Pantai,
Kg. Sura,
23000 Dungun, Terengganu.
Tel: 09-8457885, 012-6579411
Faks: 09-8457885

Tanjung Jara Beach Resort
Batu 8, Off Jalan Dungun,
23000 Dungun, Terengganu.
Tel : 09-8451100
Fax : 09-8451200
Web : www.tanjongjararesort.com

Awang Beach Resort
Kg Rantau Abang,
23050 Dungun, Terengganu
Tel : 09-8443500
Fax : 09-8454500

D’ Teratai Beach Resort
Turtle Beach, Rantau Abang
23050 Dungun, Terengganu
Tel : 019-9598149 / 019-9066239

HOTEL
PAKEJ PERCUTIAN
SPA / RESTORAN

Kota Kinabalu
KUCHING
Langkawi
Tempat-tempat menarik Terengganu :

> Pantai Batu Buruk, pilihan Pelancong
> Seni bina unik Masjid Kristal
> Keunikan pantai di Daerah Besut