Kalau ke Kuantan, selain Pantai Teluk Chempedak, pantai lain yang boleh dikunjungi
ialah pantai Batu Hitam. Pantai ini dipanggil pantai batu Hitam mungkin kerana terdapat
batu hitam dipinggir pantainya iaitu ketika air cetek anda akan dapat melihat batu-batu hitam
itu.

Pantai ini terletak hanya kira-kira 10 Km dari bandar Kuantan. Untuk datang ke sini juga amat mudah kerana ia terletak di laluan menghala ke Terengganu iaitu diantara Kg. Beserah dengan Kampung Sungai Karang.

Laman Utama || Pakej Percutian || Hotel || Restoran || SPA || Hiburan || Resepi || Iklan

Copyright © 2010 by xpresi-santai.com ALL RIGHTS RESERVED
Foto: Atiy Ariff
http://atiyariff.blogspot.com

Pantai Batu Hitam tumpuan Persinggahan


Menikmati Keindahan Malam di Guangzhou

Di China, selain Beijing, Shanghai dan Xian, Guangzhou adalah destinasi yang boleh anda lawati. Jika dahulu Guangzhou adalah sekadar sebuah perkampungan..Baca Selanjutnya

 

Tarikan Kraftangan 1 Malaysia di Pasar Seni

Pasar Seni atau Central Market adalah salah satu tarikan bandar raya Kuala Lumpur yang mesti dilawati. Baca Selanjutnya...

Sepetang di Pantai Batu Pelanduk

Terengganu kaya dengan keindahan pantainya. Salah satu darinya Pantai Batu Pelanduk yang terletak di Daerah Dungun. Pantai ini adalah antara pantai yang tercantik di Terengganu.... BacaSelanjutnya ..

HOTEL
PAKEJ PERCUTIAN
SPA / RESTORAN


Nota Percutian
Bagi penduduk Kuantan, pantai ini sering menjadi tumpuan pada waktu petang atau musim cuti sekolah. Meskipun tidak begitu popular seperti Pantai Teluk Chempedak namun pantai ini tetap memiliki keistimewaannya yang tersendiri.

Pantainya nyaman, aman dan damai, sesuai sekali untuk anda yang inginkan ketenangan dan ingin berseronok bersama keluarga. Disini anda boleh berkelah atau bersantai di bangku rehat yang ada disediakan untuk pengunjung.

Anda juga boleh mengajak anak-anak bermain layang-layang, mandi-manda, mencari siput dan bermain air ditepian pantai.Di sekitar pantai ini ada dibina menara tinjau untuk melihat
kawasan keliling pantai. Kemudahan seperti tempat letak kereta, tandas awam dan
warung makanan untuk para pengunjung menjamu selera pun ada disediakan.

Bagi pengemar keropok lekor dan sata, anda boleh membelinya disepanjang jalan menghala ke pantai ini. Terdapat juga beberapa buah Chalet dan Resort yang boleh anda sewa berdekatan pantai ini.