Batu Ferringhi, pantai yang sangat popular di Pulau Pinang.Setiap kali hujung minggu atau cuti sekolah, pantai ini bertambah meriah dengan kehadiran pelancong di dalam atau dari luar negara.

Ia terletak tidak jauh dari bandar Georgetown iaitu kira-kira 30 minit jika memandu dari bandar Georgetown ke Batu Ferringhi. Pantainya yang cantik dan Bersih ini sangat sesuai untuk anda seisi keluarga untuk berkelah dan mandi-manda. Aktiviti-aktiviti lain seperti berkayak,luncur air dan main jet ski juga boleh anda lakukan disini. Bagi mereka yang gemar sukan lasak, mereka boleh mencuba luncur payung terjun (parasailing ) bagi menikmati pemandangan pantai dari udara.

Pantai ini juga lengkap dengan segala kemudahan seperti restoran,kedai Cenderahati, kedai-kedai menjual pakaian batik, perkhidmatan sewa kenderaan dan Hotel.

Walaupun Hotel-hotel yang dibina di sekitar pantai Batu Feringghi ini sangat mewah dan bertaraf lima bintang, anda tak perlu gusar jika anda berhasrat untuk bercuti lebih lama di sini kerana anda boleh memilih menginap di Hotel yang bertaraf 3 bintang berdekatan di pantai ini iaitu di Teluk Bahang dan Tanjung Bungah.

Laman Utama > Nota Percutian


Copyright © 2010 by xpresi-santai.com ALL RIGHTS RESERVED
Foto: Atiy Ariff
http://atiyariff.blogspot.com
Batu Feringghi tarikan utama Pulau Pinang

 


Teluk Mahkota, pantai yang indah tapi sepi pengunjung

Nama Pantai Teluk Mahkota kurang popular berbanding dengan Desaru...Baca Selanjutnya..

Jalan-Jalan di Kota Kinabalu

Tarikan utama pelancong ke Kota Kinabalu sudah tentunya kerana ia menjadi pintu masuk untuk ke Gunung Kinabalu dengan ketinggian 4,095 meter...Baca Selanjutnya..

 

Uniknya bercuti di Singapura

Mahal! Tiada apa yang istimewa...Mungkin itulah perkataan yang sering terkeluar ...Baca Selanjutnya..

HOTEL
PAKEJ PERCUTIAN
SPA / RESTORAN

Apa yang istimewanya, Kebanyakan restoran yang terletak di sepanjang pantai Batu Ferringhi ini menawarkan pelbagai hidangan tempatan dan antarabangsa. Misalnya ada Restoran italy, Arab, Thai, Cina dan India yang kebanyakannya di buka pada sebelah petang hingga ke lewat malam.

Bagaimanapun anda masih boleh menikmati menu tempatan di beberapa warung kecil yang terdapat di sekitar pantai ini.

Ketika matahari terbenam, suasana Batu Feringgi lebih meriah lagi dengan suasana seperti pesta dengan bazar terbuka yang menjual pelbagai hiasan menarik, pakaian dan cendera hati untuk di bawa pulang.


Nota Percutian