Bagan Lalang mungkin boleh
dijadikan alternatif perkelahan selain Port Dickson bagi warga kota
yang ingin merehatkan minda dihujung minggu bersama keluarga atau rakan-rakan
setelah
sentiasa dihambat bebanan kerja.Tanpa perlu memandu jauh dari ibu kota,iaitu
kira-kira
1 jam lebih dari ibu kota melalui Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) menghala
ke Nilai ia sangat
sesuai sekali menjadi destinasi percutian anda.
Pantai Bagan Lalang ini
terletak dalam daerah sepang Selangor, berhampiran dengan
Kuala Lumpur International Airport(KLIA) dan F1 Sepang Circuit.
Suatu ketika dulu pantai
ini kurang dikenali dan sangat kurang pengunjungnya tapi kedatangan
penulis baru-baru ini ke pantai bagan lalang berlainan sekali, pantai ini
begitu sesak dengan
pengunjung. Tambahan pula kini, Bagan lalang sudah dinaik taraf sebagai Sepang
Gold Coast.
Di sepanjang tepian pantai, kelihatan ramai anak-anak kecil bermain air sambil
ditemani ibu bapa. Ada juga beberapa orang remaja yang mengambil kesempatan
berenang di pantai ini.

Panorama di pantai ini sangat cantik lebih-lebih lagi diwaktu matahari terbenam namun air lautnya tidak jernih dan tidak sesuai untuk mandi-manda bagaimanapun apa yang penulis lihat, kebanyakkan pengunjung ke pantai ini pasti tidak sanggup melepaskan peluang mandi-manda di sini.
Selain berkelah dan memancing, Pantai ini juga sangat popular dengan sajian makanan laut segar terutamanya ikan bakar. Terdapat banyak juga restoran makanan laut disekitar pantai ini yang boleh anda pilih untuk mencubanya. Bagi yang ingin membakar sendiri ikan untuk hidangan sekeluarga, anda boleh membeli ikan segar yang ada dijual di pantai ini.



Santai sambil menjamu Ikan Bakar di Bagan Lalang
Teluk Mahkota, pantai yang indah tapi sepi pengunjung
Nama Pantai Teluk Mahkota kurang popular berbanding dengan Desaru...Baca Selanjutnya..
Pulau Manukan yang indah
Sabah sangat popular kerana pulaunya yang cantik. Justeru itu Jika anda bercadang untuk bercuti di Kota Kinabalu, Sabah.....Baca Selanjutnya.

Kedinginan Air Terjun Sungai Gabai
Hutan Rekreasi Sungai Gabai hanya 30 km dari Kuala Lumpur. Ia terletak di Kampung Sungai Lui daerah Hulu Langat berdekatan Hutan Lipur Sungai Congkak...BACA SELANJUTNYA..

Jika inginkan pembaharuan dan suasana percutian tepi laut yang serba mewah serta unik, anda bolehlah memilih untuk menyewa Villa terapung, Golden Palm Tree Water Villa dengan konsep reka bentuknya melambangkan pokok palma.
Sepanjang berada di pantai ini Pengunjung juga boleh menikmati
aktiviti sampingan lain antaranya bermain layang-layang, berkhemah, bermain
bola sepak pantai, berjogging, membina istana pasir dan menaiki bot. Apa saja
aktiviti yang anda lakukan disini, anda tentunya akan seronok.