Di sebuah bandar kecil
di Pedas, Negeri Sembilan terletak sebuah kolam air panas yang amat
popular. Kalau sebelum ini ia hanya sebuah kolam air panas kecil tapi sekarang
ia telah
menjadi sebuah taman tema besar untuk keriangan seisi keluarga. Setiap kali
hujung minggu,
taman tema air panas ini sering menjadi kunjungan penduduk setempat.
Air panas bukan sahaja dikatakan amat baik untuk penyakit kulit tetapi juga mengubat penyakit lain termasuk stress. Justeru itu tidak rugi jika anda ke sini. Wet World Air Panas Pedas menyediakan dua kolam air panas terbuka yang mempunyai suhu antara 35 hingga 46 degrees Celsius untuk rileks. Bagi yang lebih suka bersendirian tanpa gangguan, tub mandi turut disediakan.

Di Wet World Air Panas pedas ini juga, pengunjung boleh mencuba papan luncur berkembar dan kolam berombak serta perkhidmatan ‘reflexology footpath’. Malahan Taman Tema ini juga sering menjadi tumpuan syarikat korporat, swasta atau agensi-agensi kerajaan mengadakan majlis Hari keluarga di sini.
Wet World Air Panas Pedas dibuka setiap hari dan tutup pada hari selasa kecuali cuti sekolah atau cuti umum. Bayaran masuk ke Wet World Air Panas Pedas dikenakan mengikut ketinggian pengunjung. Bagi mereka yang mempunyai ketinggian 135 sentimeter (sm) ke atas, bayaran masuk sebanyak RM10 dan untuk ketinggian 85 sm ke 135 sm, tiket masuk berharga RM8 manakala tiada sebarang bayaran dikenakan untuk mereka yang mempunyai ketinggian 85 sm ke bawah.
Bagaimana nak ke sini?
Wet World Air Panas Pedas terletak kira-kira 13 km dari Seremban, mengikut jalan lama ke Tampin. Pengunjung juga boleh memandu mengikut lebuhraya utara selatan dari Kuala Lumpur dan pilih susur keluar ke Senawang atau Pedas-Linggi.


Perlis, negeri kecil yang menawan
Kangar, ibu kota negeri Perlis. Walaupun kecil, negeri Perlis juga mempunyai beberapa destinasi menarik yang boleh anda lawati... Baca Selanjutnya..
Tarikan utama pelancong ke Kota Kinabalu sudah tentunya kerana ia menjadi pintu masuk untuk ke Gunung Kinabalu dengan ketinggian 4,095 meter...Baca Selanjutnya..

Keindahan air terjun Sungai Gabai
Hutan Rekreasi Sungai Gabai hanya 30 km dari Kuala Lumpur. Ia terletak di Kampung Sungai Lui daerah Hulu Langat berdekatan Hutan Lipur Sungai Congkak...BACA SELANJUTNYA..



