Mersing kini bukan lagi sekadar perkampungan nelayan yang sunyi sebaliknya menjadi destinasi persinggahan yang semakin popular dikalangan pelancong kerana disinilah letaknya jeti untuk ke Pulau Tioman, Pulau Sibu, dan Pulau Tengah.

Mersing terletak 136 km dari Johor Bahru. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 2 jam dari Johor Bahru.Sewaktu penulis berkunjung ke bandar Mersing baru-baru ini, jelas sekali bandar ini sudah berkembang maju. Walaupun Mersing sebuah bandar yang kecil tetapi kemudahan prasarananya semakin bertambah baik. Antaranya, Restoran, cafe dan pasaraya. Hotel-hotel juga telah banyak dibina.

Jika dahulu ada yang datang ke Mersing semata-mata ingin ke Pulau Tioman atau pulau-pulau berdekatan tapi kini tidak lagi. Dataran Pulau yang terletak di tengah-tengah bandar Mersing turut menjadi tumpuan.

Jaraknya yang tidak jauh dari Jeti Mersing menjadikan ia sangat popular untuk aktiviti beriadah. kedudukannya menghadap ke laut menjadikan ia amat menarik untuk pengunjung menikmati pemandangan tepi pantai terutama pada waktu matahari terbit.

Bahkan, kawasan rekreasi yang dilengkapi taman permainan kanak-kanak tersebut turut menjadi tumpuan keluarga pada setiap petang dan hujung minggu. Selain itu, ia juga dikunjungi para pejalan kaki dan mereka yang gemar berjoging.

Terdapat juga beberapa buah pantai yang semakin popular terletak berhampiran daerah mersing ini, antaranya Pantai Air Papan, Pantai Penyabong dan Pantai Teluk Resang.


Laman Utama || Pakej Percutian || Hotel || Restoran || SPA || Hiburan || Resepi || Iklan


Copyright © 2010 by xpresi-santai.com ALL RIGHTS RESERVED
Foto: Atiy Ariff
http://atiyariff.blogspot.com
Ada Apa di Mersing

Pulau Manukan yan indah

Sabah sangat popular kerana pulaunya yang cantik. Justeru itu Jika anda bercadang untuk bercuti di Kota Kinabalu, Sabah... BACA SELANJUTNYA

Berendam air panas di Wet World Pedas

Di sebuah bandar kecil di Pedas, Negeri Sembilan terletak sebuah kolam air panas yang amat
popular.
..Baca Selanjutnya

 

Ikan bakar sedap & segar di Melaka

Tidak sempurna percutian anda ke Melaka tanpa menikmati ikan bakar kerana selain terkenal sebagai destinasi bandaraya bersejarah, ia juga popular kerana kesegaran ikan bakarnya..Baca Selanjutnya

Pakej Hotel & Lawatan

Bagi penduduk tempatan pula, pantai ini seringkali dijadikan tempat menikmati ketenangan di waktu petang.

Untuk ke sini, pengunjung boleh menaiki bas dari Kuala Terengganu ke Dungun atau bas dari Bandar Dungun ke Kuala Terengganu.

Bersebelahan dengan pantai ini juga terdapat satu lagi pantai yang sering menjadi perhatian iaitu Pantai Teluk Bidara, kira-kira 145 km dari Kuantan. Lokasinya pun terletak tidak jauh dari Tanjung Jara Resort. Pantai ini juga sangat menarik. Airnya yang jernih namun semasa musim tengkujuh pengunjung tidak digalakkan bermandi-manda disini kerana ombak besar. Disini, pengunjung juga boleh menghirup udara segar yang nyaman sambil berjalan-jalan dipersisiran pantai yang pasirnya berwarna keemasan serta sesuai untuk memancing.

 

Nota Percutian

Pantai ini merupakan lokasi tarikan bagi pelancong yang gemarkan aktiviti memancing.Terdapat jeti tempat bot nelayan berlabuh dan bot-bot untuk disewa oleh kaki pancing tempatan dan antarabangsa untuk ke kelong dan juga pulau-pulau yang berhampiran. Kedai makan yang terletak berhampiran dengan jeti juga ada menyediakan makanan laut yang segar dan ini merupakan salah satu keistimewaan yang ada di kampung ini.

Pemandangan di Pantai Tanjung Resang pun sangat menarik. Kalau sudah tiba di Pantai Penyabong, datanglah berkelah di Pantai ini pula. Kedudukannya terletak berdekatan dengan Pantai Penyabong. Airnya sangat bersih dan tenang.

Selain pulau dan pantai, Taman Negara Endau-Rompin juga merupakan hutan simpan tertua dunia terletak dalam daerah Mersing.

Kota Kinabalu
KUCHING
Pulau Redang